Tuesday, February 2, 2010

Woow...Najib & Rosmah Di Perbicaraan Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini. Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.

(Sumber: Malaysiakini)

PGK: Harap-harap Najib ada telur untuk berani muncul di kandang saksi. Begitu juga Rosmah harap tidak malu memperagakan dirinya di mahkamah. 

Jangan mereka jadi seperti Dr Mahathir dalam kes Sodomy I dulu yang cakap saja berdegar-degar, tapi bila sapena dihantar si-penakut itu memberi pelbagai alasan untuk tidak hadir  menjadi saksi.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.