Tuesday, February 16, 2010

Zahrain Masuk Umno Dengan Syarat Najib Letak Jawatan?














Saya nak tergelak dengan kenyataan Datuk Seri Zahrain Hashim seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insiders  yang menyatakan dia bersedia kembali ke pangkuan PKR dengan syarat Lim Guan Eng bukan lagi mengetuai Pulau Pinang sebagai Ketua Menterinya.

Woooww...hebat, nak kembali masuk parti pun boleh letak-letak syarat pula!! Masa Tengku Razaligh dan geng Semangat 46 nya dulu kembali  ke Umno beramai-ramai secara enbloc, ada dia letak syarat ke? Jawapannya tak ada syarat, mereka ramai-ramai  kembali ke Umno tanpa syarat!! Yang letak syarat cuma orang yang perasan dirinya besar, kuasanya besar dan hidungnya besar seperti Dr Mahathir yang meletakkan syarat jika Tun Dollah Badawi tidak lagi jadi PM baru dia akan kembali ke pangkuan Umno.

Tapi sapa gerangan Zahrain jika nak dibandingkan dengan Dr Mahathir? Macam langit dengan bumi! Macam bulan dengan matahari....jauh sangat kedudukan mereka. Zaharain tak usah perasan, kalau dah gila talak sangat untuk kembali ke PKR, buatlah ikut saluran yang betul. Sama ada parti terima kembali atau tidak, itu soal lain. 

Tapi jika tanya saya, saya akan kata untuk mereka yang sudah choww  dari parti seperti Zahrain tu, tak perlu kembalilah, kerana gelagat kamu tu pengundi dah sangat meluat!  PR parti yang ada maruah, PR bukan jamban yang orang boleh keluar masuk sesuka hati. Dan untuk makluman Zahrain hanya ada satu parti saja yang orang boleh keluar masuk sesuka hati macam jamban: parti Umno!! 

Jadi kepada Zahrain, jika nak rujuk semula, rujuklah dengan Umno. Tapi jika Zahrain hendak rujuk dengan Umno, dia mungkin meletakkan syarat Najib perlu letak jawatan terlebih dahulu sebagai PM sebelum dia kembali kepada Umno, syarat sama yang diletakkannya kepada Guan Eng!!


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Siapa kaulah Zahrin?lawyer,hakim?Bukan tetapi cuma wakil rakyat sahaja...ha..ha.ha?tak kanlah najib nak letak jawatan?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.