Wednesday, February 3, 2010

Zulkifli Nordin Tinggalkan PKR Hari Ini?


 
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini menyatakan  dia sanggup meninggalkan PKR bila-bila masa, termasuk hari ini,  jika dia dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan PR.

“Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolar ansur. Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” katanya.

Zul hendak tinggalkan PKR hari ini? Ya ka Zul? Gempaq saja kot!! Saya percaya jika ditanya soalan yang sama pada bulan depan dan tahun depan pun, Zul tentu akan memberi jawapan yang sama: dia sanggup tinggalkan PKR hari ini juga. Tapi saya  yakin "hari ini" itu tidak akan wujud dalam diari Zul hingga PRU akan datang.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.