Wednesday, March 3, 2010

10 MP Umum Keluar PKR Pagi Ini, Salehuddin Kantoi!!!


Adoooiii...kantao...kantoi....

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Di sebalik desas-desus lebih ramai akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kumpulan 10 Ahli Parlimen parti itu yang dikategorikan antara mereka dijangka meninggalkan PKR akan muncul pagi ini untuk menafikan spekulasi mahu berbuat demikian.

Kumpulan 10 ini dijadual membuat penjelasan tentang pendirian dan ikrar taat setia kepada pucuk kepimpinan PKR pagi ini.

The Malaysian Insider difahamkan di antara mereka yang akan menghadiri sidang media pagi ini ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail. Edaran media PKR awal pagi tadi juga mengesahkan satu sidang media akan diadakan berhubung isu tersebut.Seramai 10 Ahli Parlimen PKR akan hadir pada satu sidang media yang akan diadakan hari ini, kata kenyataan tersebut.

“Sidang media ini bertujuan menjelaskan spekulasi bahawa lebih ramai lagi ahli Parlimen dari Keadilan akan meninggalkan parti,” kata kenyataan media itu.

Pertemuan dengan media ini diadakan tiga hari selepas bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim mengakui akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti itu, sekali gus memainkan peranan sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Kelmarin, Salehuddin secara terbuka buat kali pertama sejak melepaskan jawatannya Januari lalu mengakui lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan keluar — dipercayai lebih daripada 10 orang.

(Sumber: Malaysian Insider)

PGK: Salehuddin, Fairus, Tan Tee Beng dan Datuk Zahrain serta mentor-mentor Umno mereka pasti hampa dengan berita ini. Ingatkan 10 MP itu hendak buat pengumuman keluar PKR, tapi rupanya pengumuman taat setia. Kantoi!!!

Benarlah kata pendita: manusia hanya bisa merancang tapi Allah jua yang Maha Perancang!!

1 comment:

Anonymous said...

DASAR BANGSAT PUNYA MELAYU, PENGKHIANAT BANGSA,

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.