Friday, March 12, 2010

Aduhai Kedah....Panas...Panas.....




Panas...panas....Depa kata mantan Exco  Kedah dari PKR dan Pas yang digugurkan jawatan mereka masih tidak puas hati dengan tindakan Datuk Seri MB mereka itu. Benarkah? Kacau niii...sebab ada yang kata mantan Exco PKR tu nak lompat jadi wakil rakyat bebas. Tapi alhamdulillah....mantan Exco tu yang kini masih bercuti itu bingkas menafikannya. Jadi pokok bergoyang bukan kerana angin, tapi kerana ada monyet yang suka bikin cerita panas.

Tapi jika politik Kedah hari ini panas pun, orang tak kata apa-apa, kerana Kedah kini memang sedang dilanda kemarau panjang. Cuaca pula memang panas, panas dan sangat panas, dari tengahari hingga malam panas...panas...dan panas. 34 darjah celcius, 35 darjah celcius, 36 darjah celcius....panaih betoiiii....Panas sungguh hingga ramai yang dulu cuma pakai kipas sudah membeli penghawa dingin untuk dipasang di rumah. Kata peniaga, jualan penghawa dingin di Kedah sudah naik 4 kali ganda, panas pun rezeki Allah juga. Guna penghawa dingin, tidoq malam  memang best....cuma tak bestnya hujung bulan bil elektrik naik menyacak.....adoooi.....

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.