Saturday, March 13, 2010

Alhamdulillah....Rezeki Untuk Penduduk Shah Alam




Berita baik untuk penduduk Shah Alam!! Kosmo melaporkan sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam,  semakin menjadi tarikan sejak dibuka pada 12 Februari lalu apabila ia menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status. Syaratnya mudah: pilih makanan, makan dan basuh pinggan sendiri.

Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma itu beroperasi setiap hari melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang. Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah.

Tak kiralah siapa Sauffi, tapi sedekah yang diberikannya itu semoga akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah. Ketika manusia di planet bumi semakin hilang  nilai kemanusiaannya, semua hanya bersandar  kepada keberuntungan  dollar dan ringgit, masih terselit mereka yang berhati emas.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

ada lagi ke skarang?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.