Wednesday, March 3, 2010

Amboi, Efisennya KDN!!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menerima surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memberitahu Malaysiakini bahawa akhbar berkenaan berjudul Suara Perkasa.

Ditemui di pejabatnya hari ini, Ibrahim bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan tarikh untuk mula mencetak akhbar berkenaan.

(Sunber: Malaysiakini)

PGK: Ehem..ehem...efisennya KDN!!! Teringat beberapa tahun lalu, Pas mengemukakan permohonan untuk menerbitkan akhbarnya sendiri - Purnama. KDN berdolak dalik, hingga akhirnya sampai kini ramai orang sudah lupa tentang Purnama. Entah apa status permohonan itu, tak taulah. Mungkin Pas sudah menarik balik permohonan atau failnya sudah hilang?

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.