Friday, March 5, 2010

Bangangnya Mat Maslan Nih!!



Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, ketika mengulas tindakan tiga anggota Parlimen PKR  yang bertindak keluar dari parti itu dalam tempoh kurang sebulan menyatakan ia memberi isyarat rakyat tidak menyokong  gabungan itu lagi.


Bangangnya hang Mat! Yang keluar dari PKR adalah MP-MP PR yang bengong tu.  Awat hang ukur selera rakyat mengikut selera MP mereka? Kalau MP mereka itu jenis orang yang suka makan daging kambing adakah hang yakin semua rakyat kawasan mereka juga suka makan daging kambing? 

Pengundi-pengundi PKR dalam kawasan-kawasan pilihanraya itu, adakah mereka juga sudah lari dari PKR mengikut jejak langkah MP mereka? Atau semangat mereka kian membara untuk membuktikan sesuatu kepada MP-MP itu?

Kalau hang Mat nak tau pengundi di Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai itu masih suka PKR atau tidak mintalah MP-MP bengong tu letak jawatan esok. Adakan pilihanraya kecil, kemudian baru tahu sama ada rakyat  masih suka PKR atau sudah benci PKR. Tapi beranikah depa letak jawatan? Beranikah?

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Pak Oncu said...

tu baru lah betulllllllll,, lepass kan jawatan n buek PRK,,, baru lah anak jantan nama nya,,,,,,,,, ini tak, menyorok dalam kain rosmah!!!!!!!!!!! hahahhahahahahahahah!!!!!!!!!!!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.