Wednesday, March 24, 2010

Bila Katak Dajal Pasir Mas Mengamuk....

Katak termenung....


Lalu melenting sakan MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa dia mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports sebagai jahat, biadap dan tidak berakhlak. Mengikut Malaysiakini, dalam SMS yang dihantarnya hari ini, Ibrahim juga membidas Malaysiakini kerana menyiarkan laporan itu semalam.

“Saya terperanjat dengan sifat jahat, biadap dan tidak berakhlak langsung tuduhan Saifudin Nasution yang membuat dakwaan saya ada saham saham judi dalam syarikat Ascot Spots kepunyaan Vincent Tan. Kenyataannya terbit dalam Malaysiakini yang ditulis oleh Salhan K Ahmad. Penulis dajal ini wujud atau pun tidak atau guna nama samaran,” tulisnya.

Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.

Ha...ha...ha...Saya ingat pejuang tulen Melayu ini tak pandai marah, kerana bukankah sifat orang Melayu itu penyabar dan beropan santun? Mana boleh tuduh orang lain dajal sedangkan orang yang bercakap itu sendiri sudah banyak kali buat dajal dengan orang lain? Pengundi Pasir Mas memberi undi kepada Pas atas nama Brahim dalam PRU  dulu bukan untuk dia menjadi dajal, tapi sejak lepas PRU dulu dia tak henti-henti buat dajal!

Itulah Brahim, sebelum tunjuk diri sebagai pejuang, tunjukkan sikap baikmu itu dulu. Cerita Brahim dengan syarikat judi Vincent bukan cerita baru, semua orang tahu. Brahim tidak perlu gusar dengan isu dirinya dalam syarikat judi, kerana tanpa isu  itu pun dia tetap akan hilang wang pertaruhan jika bertanding sekali lagi di Pasir Mas.


~ pendikar gunung kriang

0 comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.