Wednesday, March 10, 2010

BN, Kalau Hati Sudah Busuk, Memang Busuk Ke Dasarnya!!!

Jika hati sudah busuk, memang busuk ke dasarnya!! Jika hati berlumur najis, disucikan bagaimana pun, tidak dapat menyembunyikan bau jeliknya!!


Begitulah dengan pemimpin-pemimpin BN, yang tidak mahu terima kenyataan tentang kejayaan yang dipaparkan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh PR. Mereka kecewa, pasti sangat kecewa kerana baru dua tahun memerintah PR menunjukkan prestasi yang amat mengkagumkan. 

Mereka tidak suka dengar Selangor berjaya menarik pelaburan berjumlah RM6.76 billion tahun lalu dan mewujudkan 20,753 peluang pekerjaan.Mereka tidak suka dengar Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan RM88 juta tahun lalu berbanding perbelanjaan defisit RM35 juta setahun ketika BN memerintah sebelum itu. Mereka tidak suka dengar Kedah memperolehi pelaburan secara langsung bernilai RM559.8 juta dan pelaburan tempatan pula dicatatkan pada RM279.4 juta berbanding apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno sebelum itu. Mereka juga tidak suka dengar Kelanta berjaya membina hub satelit perdagangan di Bandar Baru Tanjung, dan melaksanakan projek kebajikan seperti Kifalah untuk rakyat miskin, ibu tunggal dan golongan berlainan upaya.

Mereka tidak suka mendengar semua itu, kerana berpuluh tahun diberi peluang, mereka gagal melakukan sebaik yang dilakukan oleh PR selama dua tahun saja.

Lalu keluarlah kenyataan-kenyataan tanpa fakta, tanpa perangkaan yang mempertikaikan kejayaan kerajaan negeri di bawah PR. Muhyidin Yasin dua hari lepas berkata prestasi PR selepas dua tahun memegang tampuk pentadbiran di tiga buah negeri yang dikuasai mereka masih tidak menunjukkan kesan yang nyata. Bekas exco BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nam berkata data kerajaan negeri Pulau Pinang 'hanya bertujuan mengelirukan orang ramai yang kurang faham bagaimana sistem itu berfungsi”.

Bekas exco BN Selangor, Datuk C'hng Toh Eng pula menganggap laporan kad kemajuan kerajaan negeri Selangor sebagai tindakan “masuk bakul angkat sendiri.”

Semua dari TPM hingga bekas Exco mempertikaikan angka rasmi yang dikeluarkan oleh PR. Tetapi mereka gagal mengemukakan "perangkaan sebenar" yang menunjukkan kegagalan kerajaan negeri PR. Kerajaan PR membuktikan prestasi mereka menerusi perangkaan yang jelas, kerajaan BN pula mempertikaikannya hanya dengan menggunakan modal air liur, tanpa angka, tanpa bukti.  PR menembak dengan peluru, BN menembak hanya dengan air liur. 

Itulah, jika hati sudah busuk, membusuk selama setengah abad memerintah, kenyataan busuk jugalah yang mampu dikeluarkan. Mereka cemburu kerana gagal melakukan sesuatu dalam tempoh 50 tahun yang sebenarnya mampu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun saja!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.