Sunday, March 28, 2010

Dr Mahathir: Pandai Cakap Agama, Tapi Baca Quran Tak Pandai



Ketika ditanya mengenai kes sebatan terhadap Kartika sejurus selepas merasmikan mesyuarat Perkasa @ Perkosa kelmarin, seperti biasa Dr Mahathir menyampaikan beberapa hujah agama mengikut andaiannya sendiri. Tapi yang seronoknya apabila Dr Mahathir berkata dia sendiripun tidak pandai baca al-Quran:

“Saya baca al-Quran tapi tak lah pandai...," kata Dr Mahathir.

Jika baca Quran pun tak berapa pandai, bayangkan bagaimana orang seperti Dr Mahathir berani bercakap tentang hukum agama dan menyanggah pandangan ulamak yang menguasai ilmu agama. Di zaman beliau memerintah dahulu, Dr Mahathir pernah memperlekeh sunnah Nabi, mempertikai beberapa hukum agama dan pernah mengesyorkan tafsir Quran dikaji semula bagi menggambarkan 'Islam sebenar' yang diyakininya.

Jadi sekarang kita faham apabila Dr Mahathir sering memberi pandangan tidak cerdik mengenai Islam, salah satu puncanya adalah kerana dia sendiri tidak begitu menguasai ilmu agama, malah baca Quran sendiri  pun dia tidak pandai. Cuma yang memusykilkan, jika tak pandai mengapa sering berlagak pandai?

~ pendikar gunung kriang

7 comments:

Bukan Org KEDAH said...

Sabda Rasulullah SAW " Tuntut Ilmu adalah wajib keatas setiap orang Islam " . Kalau tak pandai , kenalah belajar lagi Tun !

Anonymous said...

kita keliru antara baca dan mengaji (berlagu). kebanyakan oarang pada hari ini lebih kepada mengaji (berlagu). baca bermakna baca, faham dan amal. berpa orang pada hari yang baca, faham dan amal. kebanyakan mengaji dan berharap dapat pahala. harus ingat baca, faham dan amal adalah lebih afdal (utama) daripada mengaji dan harapkan pahala. Allah turunkan al-quran bukan untuk berlagu tapi untuk faham dan amal. hari ini nampak sangat tentang kejahilan konon orang islam tidak faham tujuan quran itu diturunkan. adakah ia untuk dilagukan. hari bercambah macam cendawan pusat lagu quran. apakah ini yang disuruh Allah?. sila tunjukkan bila, dimana, waktunya nabi saw mengajar orang islam diketika itu melagukan quran. lagu ini datang semasa othman selepas nabi wafat. kejahilan untuk memahami quran ini membuatkan yang islam konon lebih bermaksiat dari mematuhi suruhan Allah. kenapa begitu?. kerana tidak baca, faham dan amal. berharap tuan guru perjelaskan perkara ini. maaaf

merbok said...

drpd tun dok melalak benda yg tak penting.. baik tun belajaq agama.. ermm.. sementara ada masa lagi.. elok la pi mengaji kat pondok ka lagi baguih.. TGNA boleh bantu TUN :) insyaAllah..

Anonymous said...

Kesian dia... masih tak sedar tetapi dah nyanyuk kot kena kuda Brahim katak pulak tu.

azman kamarul said...

dua-dua dah nak jadi tukun tu....si katak tu selepas pru 13 ni jadi tukunlah..kalau takpun umno terima jadi ahli semula...tengah kuat mengampu umno la ni.....sampai sebesar lengan urat merih nak ampu najib 1malaysia.

entah-entah perkosa tu nanti jadi parti politik...boleh jadi presiden 1melayu pulak.

Anonymous said...

saya rasa malu dgn org melayu sekarang ini. asik nk kutuk orang je. walaupun Tun tidak berapa pandai baca, tetapi dia tidak bercakap benda yg buruk buruk pasal orang mcm tuan pny blog ini. tak akan lah orang yg pandai baca Al-Quran, nak mengheboh heboh kan yang dia pandai dan hafal. dan bukan kah belajar membaca itu lebih pahala nya drpd orang yang pandai tapi asik mengutuk orang lain tak pandai itu tak pandai ini? cuba lah ingat sedikit, bukan kah mengutuk orang itu berdosa?

Anonymous said...

sebelum ckp orang tak pandai baca Al-Quran kaji diri sendiri dulu lebih baik...ni tak semua orang boleh nampak kamu sendiri yang xpaham dan mendalami keindahan Al-Quran sebab tu pandai bercccaaaaaakkkaaaappppp saja...harap maaf kalau terlampau cakap.teguran sesama umat adalah penting.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.