Tuesday, March 2, 2010

Fairus, Jangan Perasan Hang Tu Tebuan!!

Tebuan apa, muka ceroi pun....

Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin dilaporkan mStar
memberi amaran supaya parti pembangkang berhenti menyerang peribadinya.

"Jangan jolok sarang tebuan, saya bukan amalkan politik kebudak-budakan. Semakin saya ditekan saya akan bangkit sebagai juara," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Nak tergelak saya dengan kenyataan Fairus itu. Hebat sangatkah mamat nie rasa hingga dia rasa dirinya macam tebuan dan bangkit sebagai juara? Masa dia jadi Timbalan Ketua Menteri dahulu, orang selalu membandingkan ketokohannya dengan  empat lagi pemimpin Melayu yang mengetuai Kerajaan Negeri: TG Nik Aziz (Kelantan), Datuk Seri Azizan (Kedah), Tan Sri Khalid (Selangor) dan Datuk Seri Nizar (Perak). Dan antara semua kelima-lima tokoh Melayu ini, Fairuslah yang paling lemah dari segi penampilannya. Sebab itulah bila dia meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti atas alasan untuk melanjut pelajaran, orang tidak kata apa-apa, kerana dia memang wajar menambah ilmunya yang kelihatan tidak setanding dengan pemimpin-pemimpin Melayu lain.

Tapi bila dia menganggap dirinya sebagai tebuan, memang saya nak tergelak. Tebuan biasanya sangat berbisa, sekali gigit, rasa sangat perit. Tebuan juga binatang yang bijak, lihatlah bagaimana cara dia membina sarang dan lokasinya yang strategik itu. 

Jika TG Nik Aziz, Datuk Seri Azizan, Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar memang wajar diumpamakan sebagai tebuan. Mereka bijak, pintar berhujah dan sekali terjah Umno-BN rasa tempias parah berbulan lamanya.

Bagi Fairus, saya nampak lebih sesuai dia diumpamakan sebagai cacing tanah. Jika tebuan lepas dijolok akan menyerang, tapi cacing tanah lepas dijolok terus menyorok di dalam sarangnya dalam tanah.Sekarang, Fairus sudah  mempunyai  sarang untuk dia bersembunyi - Umno.   Dia selamat sekarang dalam sarang cacingnya. Jika dia dijolok pun, bapa cacing, mak cacing dan tok wan cacing bersedia melindunginya.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.