Monday, March 1, 2010

Fairus Ambil Kursus Korek Kuari Di Luar Negara?



Akhirnya, seperti yang diramalkan sejak sekian lama 
bakal berlaku, benar-benar berlaku: musang kembali 
ke sarangnya, Fairus Khairuddin, mantan Timbalan 
Ketua Menteri Pulau Pinang, hari ini 
mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai 
Umno.

Alasan dia menyertai Umno kononnya untuk mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta kepentingan rakyat Malaysia, tidak penting, yang penting musang kembali ke sarangnya. Dan bila musang kembali ke sarangnya, ia memudahkan kerja PKR, kerana musang berbulu ayam adalah lebih bahaya daripada musang berbulu musang.

PM Tok Najib yang kelihatan sangat teruja dengan kepulangan Fairus ke sarang musang, mengalu-alukan kedatangan Fairus menyertai Umno:

"Selamat datang Fairus... kita akan jaga dia dengan baik, saya percaya dia boleh bagi sumbangan yang besar kepada Umno untuk membela nusa dan bangsa," kata Najib seperti dilaporkan mStar.

Semasa Fairus di dalam PKR dahulu dia sering dilabel sebagai Timbalan Ketua Menteri bermasalah kerana sering mengambil cuti sakit (sakit perut), tidak amanah dan suka berdolak dalik. Harap kini Fairus sudah kembali sihat walafiat dan tidak sakit-sakit lagi seperti dahulu dan dengan itu dapatlah berjuang untuk nusa dan bangsa musangnya..

Cuma sesuatu yang masih menjadi tanda tanya ialah alasan Fairus meletak jawatan ADUN Penanti pada April 2009 dulu kononnya ialah untuk menyambung pengajiannya di luar negara. Tapi sekarang tiba-tiba Fairus muncul di Kuala Lumpur. Tidak tahulah sama ada Fairus sudah habis belajar di luar negara atau kini sedang bercuti.

Kalau sudah habis belajar, kursus apa agaknya dia ambil, belum satu tahun sudah selesai? Kursus korek kuari ke?


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.