

WATAK Frieda, seorang pelacur kelas atasan yang dapat dipertontonkan menerusi drama 13 episod Spa Qistina mungkin akan mendatangkan cemuhan kepada aktres Fasha Sandha.
Belum pun ia disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam, Fasha sendiri sudah merasai impak yang akan diterimanya nanti.
“Saya agak mesti orang melihat watak Frieda lakonan saya dengan persepsi buruk. Saya tak kisah kalau orang mengata yang bukan-bukan kepada saya selepas ini. Apa sahaja kata-kata mereka, saya akan terima asalkan saya dan produser berpuas hati dengan lakonan itu,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Maya, Ampang, semalam.
Frieda merupakan seorang pelajar universiti yang bijak dan berlagak baik tetapi sebenarnya mempunyai agenda jahat untuk menghancurkan hidup Qistina termasuk menggoda suami Qistina, Fahmi lakonan Ijoy Azhari. Dia memilih jalan untuk melacur diri untuk membalas dendam.
Tanpa berselindung, Fasha mengaku terdapat beberapa aksi panas yang dilakonkan olehnya sehingga terpaksa mengulang lakon semula disebabkan gagal mengikut kehendak yang diinginkan.
“Saya rasa kekok melakonkan babak-babak panas bagi memenuhi watak Frieda kerana saya takut persepsi masyarakat nanti. Boleh dikatakan babak itu agak daring sehingga saya perlu minta kebenaran dengan Abang Ijoy sebab dia sudah berkahwin. Misalnya, apabila saya perlu ulang penggambaran apabila terkurang daring. Saya fikir sebab kerja, jadi akhirnya saya lakukan juga,” jelasnya.
Biarpun apa orang kata, ada yang akan membenci, pelakon itu tetap berpegang kepada matlamat asalnya iaitu kerana bekerja dan menghasilkan kualiti lakonan yang boleh dibanggakan.
“Saya terpaksa memilih watak jahat walaupun terpaksa membuatkan penonton membenci saya. Kalaupun orang melabelkan saya dengan perkara negatif selepas ini, orang akan tahu juga siapa saya yang sebenarnya.,” beritahunya.
Spa Qistina boleh ditonton dengan hanya melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952 & 953) sepanjang bulan April ini dengan harga RM9.95 setiap bulan.
(mStar Online)
PGK: Bagi anda yang mata dajalnya sangat kepingin untuk meratah tubuh daring Fasha Sandha, nah, inilah peluang terbaik anda! Cuma langgan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952 & 953) sepanjang bulan April dengan harga RM9.95 setiap bulan dan Fasha yang separuh telanjang akan menjadi milik mata anda.
Murah saja kan harga aurat dan maruah seorang perempuan Melayu yang bergelar artis ini. Boleh tonton Fasha dedah sana, dedah sini, cuma dengan harga RM9.95 sebulan, lebih murah dari harga makanan seekor kucing sebulan....ha...ha...ha...

1 comments:
Moga Allah menjauhkan zuriat kita dari menjadi ARTIS.
Waktu muda serba indah, hidup bagaikan lakonan...menyebabkan orang lain jadi kaya.
Bila dosa kita berterusan wlpn kita dah mati...maka kita akan menyesal tak sudah2.
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.