Minggu lepas MP Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang telah keluar PKR menyatakan di Dewan Rakyat kononnya Anwar pernah berkata Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri sekiranya rancangan “16 September” menjadi kenyataan.
Berikutan kenyataan Zahrain itu ramailah pemimpin-pemimpin Umno yang gila publisiti murahan becakap. Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Anwar boleh disiasat oleh pihak berkuasa. Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula memberitahu Anwar boleh disiasat di bawah Akta Hasutan.
Dan pagi ini, Pemuda Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan dijangka membuat laporan polis agar Anwar disiasat di bawah Akta Hasutan. Segala-galanya kerana kenyataan Zahrain!!
Lawak sungguh puak-puak Umno yang gila muka mereka masuk akhbar dan lensa TV itu. Tuduhan Zahrain yang belum tentu betul atau tidak pun mereka ambil pot sedemikian rupa. Dalam tuduhan Zahrain minggu lepas dia juga menyenaraikan MP-MP Umno yang akan melompat ke PR. Tapi semua yang disenaraikan namanya menafikan tuduhan Zahrain itu. Mereka bukan saja menafikannya, malah menuduh Zahrain gila publisiti.
Jika MP-MP Umno sudah kata Zahrain pembohong yang mamat-mamat Umno nak buat laporan polis itu buat apa? Kerja polis banyak lagi - membanteras jenayah yang kian meningkat - daripada ambil laporan mamat-mamat itu. Yang Najib, Muhyiddin dan Hishamuddin pun satu juga, sudah tahu Zahrain tu kaki auta dan putar alam, sudah buat hukuman terhadap Anwar. Bila bapa kencing berlari, apa lagi anaknya yang ngong tu, kencing berlarilah. Kesiaann.....
~ pendikar gunung kriang

2 comments:
ermmm.... manusia sanggup menjadi baruah kerana wang..
Asal dpt matlamat depa...iaitu DS Anwar Ibrahim masuk lokap atau penjara.
Banyak pelakon tambahan boleh di upah di luar sana...
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.