Friday, March 26, 2010

Hulu Selangor: Umno Lancar Perang Terhadap MIC



Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata BN berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang. Umno katanya telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Jeng...jeng...jeng....nampaknya seperti Umno sudah isytihar perang kepada MIC yang telah mencalonkan Palanivel untuk bertanding di Hulu Selangor. Walaupun Parlimen Hulu Selangor merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya sentiasa diperuntukkan BN kepada MIC. Calon BN, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi, Palanivel pula mendapat 22,979 undi dalam PRU 2008.
 
Hulu Selangor mempunyai  63,593 pengundi  terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

Jika Umno dan MIC terus berperang baguslah. Ia memudahkan tugas PKR mengekalkan kerusinya.

~ pendikar gunung kriang

0 comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.