
MUZAFFAR bersama seekor anjing peliharaannya
Beberapa minggu lepas akhbar Kosmo melaporkan tentang reaksi sebahagian orang Islam yang membantah gambar pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein yang bermesra dengan dua ekor anjing.
Dan hari ini akhbar yang sama menyiarkan satu artikel panjang penuh satu halaman tentang seorang lelaki Islam berjubah dari Janda Baik, Pahang yang memelihara 50 ekor anjing dari baka terkenal seperti Rottweiler, French Mastiff, Sheetland Sheepdogdan lain-lain. Malah lelaki Islam berjubah itu - Muzaffar Kaisar Ishak, 37, memiliki blognya sendiri yang kebanyakannya dipenuhi dengan cerita anjing-anjing yang dipeliharanya. Terdapat juga gambar belaiau memegang anjing bersama seorang wanita bertelekung yang mungkin isterinya. Jika hendak tahu cerita lanjut, sila layari blognya......
Rupa-rupanya lelaki pemilik 50 ekor anjing itu bukan saja peminat anjing, malah belaiu adalah ahli Persatuan Kenel Anjing Malaysia yang sangat aktif. Beliau sering mengambil bahagian dalam pertunjukan anjing dan tidak pernah kalah dalam sebarang pertandingan. Salah seekor anjing peliharaannya dari baka Rottweiler yang dipelihara dan dilatih sejak kecil menjadi satu-satunya anjing di Malaysia yang yang memenangi anugerah tertinggi anjing - Dog Grand Champion.
Dalam wawancaranya dengan Kosmo, Muzaffar menyatakan beliau kesal dengan layanan tidak mesara orang-orang Islam Malaysia terhadap anjing. Di negara Islam lain (betul ke?) kata Muzaffar anjing dilayan 'dengan hormat', tetapi lain dengan masyarakat Islam Malaysia yang melayannya dengan kejam.
"Hatta babi sekalipun, tidak layak dilayan buruk, inikan pula anjing yang tidak jelas halal atau haramnya, melainkan dalam beberapa keadaan tertentu," jelas Muzaffar.

8 comments:
yes di sudan biasa aja org org islam membela anjing,,,, no hal pun,,,, !!!
anjing bukan lah haram. memegang anjing pun bukan haram. hanya didalam Mazhab Shafie memegang anjing yang basah termasuk cecair dari anjing tersebut adalah najis berat yang perlu di samak (dan di sucikan). kalau nak ikut hukum hakam bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram lagi berat dosa dan juga adalah haram. kenapa pula Kosmo tidak ceritakan bagaimana artis lelaki dan perempuan melayu Islam kita bersentuhan, berpelukan yang nyata lagi jelas HARAM nya. Kenapa diperbesarkan pasal anjing yang TIDAK HARAM untuk di pegang??
orang melayu mmg begitu.hipokrit suka cari perkara remeh,perkara yang patut dipandang berat tak pula di buat.bila ade segelintir golongan macam muzaffar ni baru lah nak kecam,dek unsur2 yang tak kukuh.
Aku nak bela Harimau pulak lah...
Anjing termasuk dlam najis berat. Hukum makan anjing adalah haram dan berdosa, bersentuhan dengan anjing yg basah perlulah disamak dan tidak berdosa (termasuk tempat anjing itu duduk,bekas gigit,air liur diperabut dan lain2 lagi...), bersentuhan dengan anjing yg diyakini kering tidak perlu disamak dan tidak berdosa, membela anjing untuk tujuan berburu adalah dibolehkan dengan mempunyai beberapa syarat, jika membela anjing dalam kawasan rumah maka malaikat tidak akan masuk kedalam kawasan rumah, sekiranya membela anjing bukan bertujuan menjaga ternakan dan tanaman maka pahala seseorang itu berkurangan hari ke hari..wallahualam
berjubah tidak bermakna islam sebenar.jangan keliru...ni asal berjubah ja panggil ustaz.itu la jgn menghisab orang dair paras rupa...
cantik rantai dia..tiru pemakaian orang wanita xharam ka? sendiri pikir la...
Arwah moyang saya dulu pun ada bela anjing juga takde pun masalahnya.Bukan pasal nak jaga harta pun tapi sebab duduk kampung banyak hewan liar yang masuk. Zmn dulu ok je takde hal.Jadi kenapa bila seorang Melayu Islam membela anjing disensasikan?Org Melayu mmg terkenal skema, anjing babi tak bole buat maen taboo, tp iklan arak & riba takdek pula nak bising.Nilaikan diri sndiri b4 nilaikan org der..
p/s Mcmne dgn mrk yg kerja dikelilingi anjing sprti polis K9 n vet...haram jugakah mrk..
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.