Thursday, March 18, 2010

Jangan Bising La Zahrain, Siapa Lu, Tanpa Guan Eng?

Kelmarin Parlimen kecoh apabila Sang Katak Bayan Baru, Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim menceritakan masalah peribadinya, menceritakan punca kononnya beliau meninggalkan PKR hingga menyebabkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan, manakala Ahli-Ahli Parlimen PR lain membantah Parlimen dijadikan gelanggang menceritakan masalah kekecewaannya.

Kekecohan mula berlaku apabila beberapa MP PR bangun untuk mencelah, termasuk  Gobalakrisnan dan Tian Chua yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.
 
Tapi Sang Katak yang tidak faham bahasa manusia itu terus bercakap. Dia mengkritik Anwar, mengecam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan membidas Guan Eng yang dikatakannya pro-komunis. Ini menyebabkan Ketua Pembangkang  akhirnya bertindak keluar Dewan.

"Saya turut simpati dengan kesedaran (Zahrain) yang terlewat ini," kata Tian Chua yang turut mempersoalkan kenapa Zahrain menerima anugerah Datuk Seri daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
 
Tapi Zahrain berkata perkara itu tidak timbul kerana pingat itu dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Memanglah pingat itu dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.Namun satu perkara yang Zahrain tidak beritahu Parlimen ialah tanpa persetujuan Guan  Eng, tanpa restu Kerajaan Negeri, dia tidak akan dapat pingat itu. Ini kerana sebelum nama-nama mereka yang akan menerima pingat dipersembahkan ke pejabat Yang Dipertua Negeri, ia terlebih dahulu diproses oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh Ketua Menteri.

Jadi Zahrain perlu ucapkan terima kasih kepada Guan Eng kerana di depan namanya ada gelaran Datuk Seri. Tanpa Guan Eng, Datuk Zahrain hanya dikenali sebagai Zahrain.Zahrain katak!

pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

biarkan Datuk Seri Mohd Zahrain bercakap kita tentukan pada PRU13 sama ada masih YB atau disebaliknya.NANTIKAN KEBANGKITAN PENDOKONG PR

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.