
Malam tadi tamatlah tempoh tujuh hari yang diberikan oleh pendukung Pakatan Rakyat (PR) Bagan Serai kepada Ahli Parlimen kawasan ini, Mohsin Fadzli Samsuri untuk menarik balik keputusannya meninggalkan PR.
Mulai malam esok, mereka mulai mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar ahli parlimen itu insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan. Majlis solat hajat akan diadakan esok bermula dengan solat Mghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang
(Sumber: Harakahdaily)
PGK: Akhirnya, takdir Mohsin akan bermula esok. Siaplah Mohsin, hang nak lari mana?
Kalau ikut hukum karma, Mohsin berhak untuk terima segala balasan kerana dia yang mula buat hal keluar dari PKR dan mengkhianati amanah rakyat. Mohsin telah diberi peluang, tapi dia tidak menggunakan peluang itu untuk bermuhasabah diri, dia nampaknya berkeras dan kini adalah terserah kepada pengundi untuk mengadu kepada Allah memohon petunjuk daripadaNya supaya hukum karma diturunkan kepada pengkhianat amanah rakyat ini.

1 comments:
alahai kesian lah mangkok hayun ni !!!!!!!!!! harapan sya agar dia kembali kejalan yg benar,,, JGN JADI SEWEL udah lahhhh!!!!!!!!
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.