![]() |
Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini. Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.
"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.
Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu. Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.
Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".
"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.
Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya
Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu.
Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.
(Sumber: Malaysiakini)


1 comments:
Kali ini jika berlaku prk di Titi Tinggi marilah kita saksikan dengan mata kepala kita akan keserabutan dan kegilaan umno untuk mempertahankan kerusi kroni mereka mca itu.
Selama ini mereka sentiasa bermegah dengan ungkapan bahawa mereka masih lagi menjadi "JUARA RAKYAT"
Doakan semoga berlaku prk di Titi Tinggi ini...meleleh hingus puak-puak umno ni nanti.
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.