Bayangkan jika perkara ini berlaku di Malaysia: penyokong PR menyimbah darah mereka di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, apa akan berlaku?
Ia telah berlaku di Bangkok - penyokong Kumpulan Baju Merah telah mencurahkan darah anggota kumpulan itu di pejabat Perdana Menteri dalam usaha mendesak kerajaan membubarkan Parlimen. Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di kawasan Pejabat Perdana Menteri yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan, dan selepas rundingan dengan pihak polis, hanya 100 wakil dibenarkan melakukan tindakan mencurahkan darah anggota mereka. Kumpulan anti kerajaan itu, dipimpin oleh Nattawut Saikua dan Jatuporn Prompan dari Barisan Bersatu Bagi Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator (UDD). Mereka mengambil masa 20 minit untuk mencurahkan bekalan darah itu di tiga pintu masuk Rumah Kerajaan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada pukul 5 petang kelmain.
Ia memang nampak seperti satu kerja bodoh - membazirkan darah yang diperlukan oleh pesakit yang sangat memerlukan. Tapi penentang kerajaan melihat sebagai satu tindakan simbolik - rela berkorban apa saja demi pertiwi.
Tapi perkara sebegini sukar berlaku di Malaysia. Pertama, ia bercanggah dengan ajaran agama kita. Kedua ia bukan satu idea yang baik dari segi kesihatan. Ketiga rakyat Malaysia pasti tidak cukup berani melakukannya. Dan keempat, dan yang paling penting, polis tidak akan membenarkan pejabat Perdana Menteri didekati. Silap-silap haribulan belum pun darah tercurah di Pejbat Perdana Menteri, ada pula darah penunjuk perasaan yang akan membasahi Jalan Parlimen selepas dikerjakan mesin penyiksa bergelar polis itu.

3 comments:
wow, punya le sporting pihak berkuasa Thailand (Polis Thailand), siap boleh berunding lagi dengan pendemontrasi Thailand semata-mata pendemo tu nak simbah darah kat rumah PM, andaikata le perkara macam tu berlaku kat Malaysia, tak tau le apa yang PDRM tu akan buat dekat pendemo-pendemo tu ye, Hishamudin dan Musa Hasan akan meletakan pendemo kita dalam ISA, habis satu ceritakan, sebenarnya Malaysia belum demokrasi 100%, cakap je demokrasi, tapi diktator, kuku besi, lintah darat
demokrasii yg pak musa takut
Di Malaysia, tiba2 polis akan mengamuk....membantai rakyat.
Sejak bila pula rakyat bergaduh dgn polis?
Macam Rahim Noor pukul setengah mati Anwar Ibrahim yg digari dulu...
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.