Monday, March 8, 2010

Jom Tengok Fairus Buat Lawak Dalam Boria Malam Nie...




Malam nie mantan Timbalan ketua Menteri II Pulau Pinang, Fairus Khairudin  akan muncul dalam rancangan "Soal Jawab" di TV3 pada jam 10 malam.

Kalau ada sapa-sapa nak dengar lawak ala-borianya, bolehlah tercegat depan TV malam nie. Tapi kalau ada kerja lain yang lebih mustahak,tak payahlah dengar cerita tukang lawak nie. Panggil Pie atau Maidin berlawak lagi bagus.

Yang tak seronoknya rancangan Soal-Jawab nie, hanya pengacara saja boleh tanya, penonton tak dibuka ruang untuk bertanya. Bukan apa, jika diberi ruang ,saya pun nak bertanya juga beberapa soalan. Antaranya saya nak tanya kesihatan Fairus kerana masa jadi TKM Penang dulu dia selalu dikatakan tak sihat, ponteng kerja. Apa, la nie dah sihat ka? 

Saya juga nak tanya tentang ijazah lanjutan yang diambilnya di luar negeri ketika memberi  alasan dia letak jawatan ADUN Penanti dulu, sudah selesaikah?  Kalau sudah habis pengajian saya sangat teringin hendak tahu dia ambil ijazah lanjutan di Universiti mana, di Kolej mana, sebab baru 10 bulan belajar dah dapat ijazah. University of Temberang ka? Dan kursus apa dia ambil sesingkat itu, kursus korek kuari ka?

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.