Wednesday, March 24, 2010

Kenapa Demokrasi Di Peringkat PBT Dilarang?












Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak boleh menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing kerana mengikut SPR amalan itu telah dimansuh dan berhenti berkuat kuasa.

Menurut SPR seperti yang dilaporkan Malaysiakini, kedua-dua negeri tertakluk kepada Akta 171 yang menyatakan perlantikan Ahli Majlis hendaklah dibuat secara lantikan.

Akta memang aktalah SPR, tapi akta cuma ciptaan manusia, kerajaan boleh memindanya jika mahu. Cuma kerajaan takut, jika pilihanraya peringkat PBT diadakan tokoh-tokoh Umno, MCA, MIC dan Gerakan  tak boleh cari makan lagi. Mereka tak boleh jadi Ahli Majlis lagi dan dengan itu hilang kuasa, pengaruh dan imbuhan tetap sebagai Ahli Majlis.

Nampaknya demokrasi kita setakat itu saja, demokrasi PRU yang diadakan 5 tahun sekali yang diragui ketelusannya.

~ pendikar gunung kriang

0 comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.