Tuesday, March 16, 2010

Kerajaan Bersekongkol Dengan Kemungkaran dan Maksiat, Kata Media Kerajaan


SALAH sebuah kedai menjual gajet seks di Kuala Lumpur yang masih beroperasi tanpa apa-apa tindakan daripada pihak penguat kuasa.


Jarang-jarang sekali media kerajaan membidas jentera kerajaan. Kerana bila jentera kerajaan yang dibidas, maka bidasannya terkena orang yang paling atas yang memacu jentera kerajaan yang terdiri dari Menteri, Timbalan Perdana dan Perdana Menteri. 

Tapi hari ini saya terbaca dalam akhbar Kosmo bidasan  terhadap jentera kerajaan. Bidasannya agak tajam hingga pihak jentera kerajaan dilabel sebagai "telah bersekongkol dengan kemungkaran dan maksiat". Menyakitkan tapi tepat!!

Baca seterusnya isu ini yang dipetik dari akhbar Kosmo:


"Selepas seminggu Kosmo menyiarkan aktiviti penjualan gajet seks impot secara terbuka yang berselindung di sebalik nama kedai cenderamata, belum satu pun penguatkuasa daripada jabatan kerajaan bertindak terhadap premis-premis terbabit. Sikap pihak berkuasa yang terus berpeluk tubuh itu cukup mengecewakan kerana orang ramai tahu gajet-gajet impot  itu boleh menyebabkan keruntuhan moral generasi  muda.

Pendirian pegawai kerajaan yang tidak mempedulikan kebimbangan rakyat itu tidak sepatutnya berlaku. Tanpa sedar mereka telah bersekongkol dengan kemungkaran dan maksiat."

Seterusnya Kosmo membidas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KDN, PBT dan Kementerian Kesihatan kerana saling menuding jari ia adalah tanggung jawab pihak yang satu lagi.

Siapa sebenarnya yang ditibai oleh Kosmo? Mungkin mereka hendak tibai pegawai kerajaan yang kurang buat kerja. Pegawai kerajaan yang tiada penyelarasan, hingga tidak tahu pihak mana yang bertanggung jawab menyelesaikan isu itu. Tapi bila pegawai kerajaan dibidas, menterinya juga - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Menteri Kesihatan turut terima tempiasnya. Dan bila ia menyentuh mengenai kurang penyelarasan di peringkat Kementerian, yang bertanggung jawab melakukan penyelarasan ialah Jabatan Perdana Menteri yang diketuai sendiri oleh Perdana Menteri. Jadi bukan saja menteri, Perdana Menteri juga kena tibai.


Apapun, apa yang dikatakan Kosmo memang betul - jabatan kerajaan telah bersekongkol dengan kemungkaran dan maksiat. Apa yang Kosmo tidak sebutkan persengkokolan dengan kemungkaran dan maksiat ini telah berlaku sejak lebih setengah abad dahulu hingga sekarang - sejak kerajaan BN memerintah negara ini.

~ pendikar gunung kriang

4 comments:

anakwatan said...

nasib baik kemungkaran ni terjadi melaka,kalau lah jadi kat negeri2 Pakatan Rakyat gamaknye 40 hari 40 malam media talibarut UMNO ni akan ulang tayang berita ni bahawa Pakatan Rakyat menggalakkan seks bebas.syukur alhamdulillah ALLAH S.W.T telah pelihara negeri2 Pakatan Rakyat dari kemungkaran macam ni.Harap2 tak akan berlaku kini dan selamanya kemungkaran ni di negeri Pakatan Rakyat.sama-samalah kita mendoakannya agar dilindungi akan pemimpin2 PAS dan PR dari tergoda dengan kesenangan dunia yang sementara ini.Amin.....

Perak Reform said...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.

pendikar gunung kriang said...

perak reform,

T.Kasih kerana memasukkan blog kecil saya dalam bloglist tuan.
Saya telah memasukkan bloglist tuan dalam bloglist saya.

Teruskan perjuangan, Allahu Akbar!!!

Anonymous said...

Ada jabatan kerajaan yg telah bersekongkol dengan kemungkaran dan maksiat...
kerana
mengikut Ahli Parlimen dan ADUN
yg gemarkan maksiat.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.