Sunday, March 14, 2010

Kesian.....Zahrain Kantoi Dan Pucat Lesi!!

o

 Pucat lesi....Ha..ha..ha...

Lucu dengar cerita ADUN Pantai Jerjak, Sim Tze Tsin mengenai Ahli Parlimen Bayan Lepas yang keluar PKR baru-baru ini - Datuk Zahrain - yang mukanya pucat lesi selepas  menerima kejutan hari ini apabila menerima petisyen yang mengandungi 2,108 tandatangan pengundi kawasannya yang mendesak katak puru itu  mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang mulai esok. Sim berkata tandatangan itu dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang.

 "Saya diberitahu yang Zahrain terperanjat dan pucat sewaktu menerima petisyen tersebut, tetapi beliau tetap menerimanya,"  kata Sim yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.

2,108 tandatangan kepada Zahrain di serahkan kepadanya di Dewan Tabung Haji Bayan Baru ketika Zahrain pulang melawat kawasan Parlimennya yang dipercayai kali pertama dilakukannya dalam tempoh tiga bulan.

Ha...ha...ha....itu baru petisyen dari penduduk sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta. Belum lagi kawasan lain. Kalau berjaya dapat hingga separuh dari kira-kira 40,000 pengundi kawasan itu, silap-silap boleh pengsan  Zahrain!

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

Kalau takut di lambung ombak , jangan berumah di tepian pantai . Berani buat , beranilah tanggung ! Jangan setakat manis mulut dibibir sahaja !

orangkasai said...

ada masa lagi untuk belajag buat cendoi atau untuk ambil pass pemandu. bawa lori sampah lepaih ni

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.