
Mohd. Zulfikar menunjukkan balkoni rumahnya di tingkat 14
kondominium tempat dia merakamkan gambar UFO (kanan) di Damansara Damai, Petaling Jaya semalam.
kondominium tempat dia merakamkan gambar UFO (kanan) di Damansara Damai, Petaling Jaya semalam.
KUALA LUMPUR – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) didakwa muncul ketika hujan renyai di ruang udara kawasan perumahan di Damansara Damai, Petaling Jaya malam kelmarin.
Walaupun ia muncul untuk tempoh 15 saat pada pukul 7.11 malam, seorang penghuni sebuah kondominium tingkat 14 di situ sempat merakamkan tiga keping gambar sebelum ia hilang di depan matanya sendiri.
Bagi pengurus sebuah syarikat perabot, Mohd. Zulfikar Abdul Rahman, 37, imej pada tiga keping gambar itu akan menjadi kenangannya sepanjang hayat.
(Sumber: Kosmo)
PGK: UFO yang berlegar di angkasa bumi bukan lagi satu fenomena luar biasa di mana-mana pelusuk dunia ini. Malah ada negara yang punya institusi sendiri bagi mengkaji UFO. Saya sendiri pernah menyaksikannya, cuma saya tidak pasti sama ada ia benar-benar UFO yang berlegar di angkasa atau jin dan iblis.
Tapi saya lebih risau tentang UFO yang berada di bumi dari UFO yang berlegar di angkasa. UFO jenis ini telah muncul di banyak tempat - Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai, Pelabuhan Kelang dan Kulim. Ini kerana UFO jenis ini tidak boleh dipercayai langsung, sedang UFO yang berlegar di angkasa, mengikut beberapa filem fiksyen, sebahagiannya boleh dipercayai.
UFO yang merayap di bumi ini juga boleh terbang meninggalkan khafilahnya. Tapi yang lebih bahaya kerana spesis UFO ini tidak amanah dan tidak boleh dipercayai. Sebab itu nama mereka Untrusted Flying Object. Mereka terbang meninggalkan pengundi-pengundi yang tidak memilih bebas sebagai wadah perjuangan mereka.

3 comments:
macam geng2 bra-him bolehlah dicadangkan pada mereka tubuh parti UFOM (Untrusted Fucker/Flying Object of Malaysia)
United Frogs Organisation ( UFO ) diberi kerusi khas didalam Parlimen . Kah ! Kah ! Warghhhh !
Ulasan yang menarik,hahaha
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.