Sunday, March 7, 2010

Lawak Pagi Minggu: Tegang Yang Celaka



KOLKATA: Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas kemaluannya terangsang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah. 'Ketegangan' itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah 'priapism' yang menyebabkan darah beku di kemaluannya.

Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan. 'Priapism' merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu 'sentiasa tegang.'

Selain menyebabkan darah beku, keadaan juga boleh mengakibatkan anggota tubuh reput sekali gus memaksa kemaluan dipotong. Difahamkan keadaan itu juga mungkin berpunca daripada masalah saraf. 

Bagaimanapun, lelaki terbabit kini mati pucuk akibat perkara berkenaan.

(Sumber:Agensi)

2 comments:

loqlarq said...

ada seorang jemaah haji yang sedang solat di depan kaabah telah di sengat lebah di 'anu' nya telah berdoa " Ya Allah, Engkau hilangkan lah kesakitan 'anu' ku ini, tapi jangan hilangkan bengkaknya"

pendikar gunung kriang said...

Hang nie buat cerita loqlaq sungguh....ha...ha...ha...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.