Monday, March 8, 2010

Majlis PR: Gila...1Malaysia 2Set Undang-Undang



Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menghentikan seketika majlis makan malam sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat (PR) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di Kuala Lumpur malam semalam kerana penganjur tidak mempunyai permit mengadakan ceramah di luar dewan itu.

Kejadian berlaku kira-kira 9.45 malam ketika Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali sedang menyampaikan ceramah di pentas utama kepada para penyokong di padang kelab itu. Keadaan itu menimbulkan kekecohan apabila polis dan pasukan FRU dihalang daripada memasuki kawasan ceramah oleh penyokong yang menghadiri majlis itu.

Ketika ditemui pemberita kemudian, pemangku Ketua Polis Dang Wangi ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis mendapati penganjur majlis itu tidak mempunyai permit untuk menyampaikan ceramah di luar bangunan.


"Kita meminta penyokong untuk masuk ke dalam dewan kerana ceramah ini tidak mempunyai permit, kerana ceramah yang diadakan di padang dan memasang alat audio adalah salah," katanya.

Polis tidak membuat sebarang tangkapan dalam kejadian itu tetapi masih berkawal di luar dewan, katanya.
Ketika kejadian itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Batu Tian Chua berada di pentas utama itu. 

PGK: Alahai.....tak minta permit ke, tidak lulus permit, pak polisi? Kalau minta permit hangpa bagi lulus ka? Kalau dah tak lulus, buat apa minta, buang masa polis aja. Lebih baik hangpa pi siasat kes bunuh, rogol, rompak yang bercambah tu, dari buang masa hangpa simpan borang permit dalam fail.

Satu lagi Musa Hassan ooii...yang Umno buat majlis macam-macam tu (banyak atas nama jabatan Kerajaan), ada permit ke? Tak ada juga kan? Awat boleh pula? Mengapa 1Malaysia 2 set undang-undang. Gila!!!

1 comment:

AzamDean said...

Ini majlis hari jadi laH!!!!!!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.