Thursday, March 4, 2010

MCA Bergolak: Dr Chua dan 8 AJK Pusat Letak Jawatan, 13 Lagi Menyusul




Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA hari ini bersama-sama  tujuh penyokongnya yang menganggotai Jawatankuasa Pusat MCA bagi memaksa satu pemilihan parti yang baru diadakan.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai  dan 12 lagi anggota Jawatankuasa Pusat yang menyokongnya juga dijangka mengikut jejak Dr Chua meletak jawatan sedikit masa lagi.

Perletakan jawatan 21 anggota atau 2/3 daripada keanggotaan Jawatankuasa Pusat mencukupi di bawah Perlembagaan MCA untuk memaksa satu pemilihan baru parti diadakan dalam tempoh sebulan.

(Sumber: Malaysian Insider)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.