Tuesday, March 16, 2010

Mengapa Dua Beruk Dari Kulim dan Bayan Baru Jumpa Firaun Besar Di Putrajaya?

                       

Al-kisah, konon-kononnya dua Ahli Parlimen dari PKR - Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin menemui Perdana Menteri minggu lepas. Entah apa yang dibincngkan antara mereka, hanya tiga orang itu saja yang tahu.

Tapi hari ini apabila soalan itu diajukan kepada dua Ahli Parlimen tersebut di lobi Parlimen, mereka lantas menafikannya. Biasalah, budaya nafi memang perkara biasa dalam masyarakat ahli politik Malaysia. Seperti Zahrain yang pernah bertegas dan  menafikan akan keluar PKR, tapi akhirnya janji tidak ditunaikan.

Zahrain sambil menggeleng-gelengkan kepala, seperti dilaporkan Malaysian Insider berkata,"Tidak, kami tidak menemui (Perdana Menteri). Tak betul".

Zul Kulim si-firaun kecil itu juga menafikannya. Dia berkata, "Tidak, tiada pertemuan. (Ia) kabar angin oleh firaun kecil. Mereka memang suka kabar angin sedemikian".

Khabar angin? Jika tiada angin bertiup, mengapa pokok bergoyang? Apa, pokok bergoyang kerana ada dua ekor beruk, satu kecil - beruk dari Kulim dan satu lagi besar - beruk dari Bayan Baru menggoncangnya? Mengapa beruk-beruk itu menggoncang pokok? Mungkin ia sebagai isyarat kepada Firaun Besar yang sedang bersemayam di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, bahawa beruk-beruk itu masih ada peranan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia. Mungkin!!!

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Apa cerita keluar keAdilan lantas menyokong keZaliman.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.