Tuesday, March 16, 2010

Hishamuddin Buat Kerja Bodoh



Menteri Dalam Negeri, DS Hishamuddin Hussein seperti dilaporkan Bernama berkata cadangan pindaan ISA  akan diteliti oleh Kabinet pada Jumaat ini sebelum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini. 

“Saya berharap pindaan ISA dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, namun jika tidak dapat dilakukan kita akan kembali kepada masyarakat untuk dapatkan lebih banyak pandangan mengenainya. Tidak ada gunanya jika rang undang-undang itu dibentangkan pada sesi kali ini kalau orang ramai tidak gembira dengan cadangan pindaan yang hendak dilakukan,” kata Hisham. 

Yang saya tak faham ialah bila Hisham kata mungkin KDN akan kembali meminta pandangan masyarakat, jika pindaan ISA tidak dapat dibentangkan di Parlimen. Maknanya cadangan digarap dulu, kemudian baru nak minta pandangan masyarakat. Buang masa pegawai Kementerian saja, buat kertas kabinet, kemudian baru minta pandangan masyarakat. Sepatutnya minta pandangan masyarakat dulu, baru buat kertas kabinet. Sapa ajar Hisham buat kerja macam tu tak taulah.

Tapi andainya kerajaan nak minta pandangan masyarakat mengenai ISA, kita juga tak tahu apa kaedah yang akan digunakan - sama ada buat  referendum atau survey rambang yang boleh dipertikaikan kebenarannya?

Tapi apa pun yang kerajaan tak faham ialah rakyat bukan mahu pindaan ISA tapi penghapusan akta warisan rimba ini.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Bila menteri BN/UMNO dah mula buat kerja bodoh itu bermakna BN/UMNO dah tak relevan lagi untuk memerintah negara ini lagi.

Jom kita tukar kerajaan yang BARU!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.