Monday, March 15, 2010

Mula-mula Nafi, Tapi Kini Musa Hasan Betul-Betul Berhenti


apa nak nafi lagi?

Baru beberapa hari lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menafikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan meletak jawatan. Biasalah , kan itu budaya pemimpin Umno-BN...nafi dan nafi!!!

Tapi lain pula jadinya hari ini. Tup-tup....Hishamuddin ketika bercakap di pekarangan Parlimen hari ini berkata pengganti  Musa sebagai Ketua Polis Negara akan diiumumkannya apabila kontrak beliau berakhir September ini. Bagaimanapun Hishamuddin enggan memberikan butiran lanjut berhubung pengganti Musa yang kontraknya telah disambung selama setahun pada September tahun lalu hingga Setember tahun ini.

“Saya sudah tahu siapa yang akan menggantikan Ketua Polis Negara, saya sudah tahu siapa yang akan mengetuai jawatan Pengarah Bahagian Jenayah Komersial. Saya sudah tahu siapa yang akan mengambil alih. Jadi tidak perlu kita membuat spekulasi dan membuat laporan tanpa asas,” kata Hishamuddin.

Itulah Hisham, jangan cepat nafi awal-awal. Patutnya sebagai Menteri Dalam Negeri , awak lebih tahu apa yang sedang terjadi dalam Kementerian awak. Bukan terus nafi dan kini penafian ditarik balik bila Musa akan berhenti September ini.

~ pendikar gunung kriang

3 comments:

mountdweller said...

Salam

Dia bukan berhenti tapi kontraknya tidak disambunglah tu...

pendikar gunung kriang said...

Sama juga tu, kalau PM mau sambung lagi, dia boleh lakukan. Macam KSN sekarang, 2 kali sambung. Dulu KSN Ahmad Sarji 4 kali sambung. Nasiblah, terserah PM suka ke tak.

A-I-B said...

Itu tandanya negara 1Malaysia serupa dengan 1Israel. Pemimpinnya kaki penipu dan mudah memperbodohkan rakyat terutamanya pengikut UMNO

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.