Tuesday, March 2, 2010

Pengawal Keselamatan Itu Lebih Bernilai Dari 100 Shah Rukh Khan!!

Penerima F&N Out-Do Yourself Award (OYA 3) yang terdiri daripada tiga guru dan dua pengawal keselamatan (dari kiri), Mohd Sharif Ibrahim, Ikha Nadia Md Idris, Mohd Shah Rizal Zainudin, Ismail Ahmad dan Rusli Mohamad Mohamad bersama anugerah masing-masing selepas majlis penyampaian anugerahF&N OYA 3.-FotoBERNAMA.


Jasa seorang pengawal keselamatan yang menyabung nyawa menyelamatkan sembilan kanak-kanak dalam tragedi jambatan runtuh Oktober tahun lalu, hari ini diberi penghargaan bersama-sama tiga guru dan seorang rakan sekerja.

Ismail Ahmad, 63, yang bekerja di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Perak, berkata, beliau terharu dengan anugerah yang diberikan kerana menganggap ia sebagai penghargaan terhadap jasa kudrat tuanya yang menyelamatkan nyawa orang lain.

"Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya kerana ia merupakan pengalaman paling ngeri pernah saya hadapi sepanjang 11 tahun berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu," katanya kepada pemberita selepas dikurniakan Anugerah Atasi Segala-galanya oleh F&N Holdings Bhd di sini hari ini.
Ismail berkata, peristiwa pada 26 Oktober di Kuala Dipang itu tidak akan luput daripada ingatannya sama sekali walaupun sudah lebih empat bulan berlalu.

"Setiap kali saya lalu di jambatan itu saya pasti akan terkenangkan semula peristiwa itu di mana saya seperti terdengar suara kanak-kanak menjerit meminta tolong," katanya.

(sumber: star online)

PGK: Terima kasih F&N kerana menghargai jasa mereka yang telah memertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan kehidupan orang lain. Mereka yang diselamatkan oleh pengawal-pengawal keselamatan dan guru-guru ini bukan terdiri dari saudara mara mereka, tetapi mereka melakukannya dengan ikhlas, kerana mereka melihat kanak-kanak yang diselamatkan itu  sebagai manusia, manusia yang dianugerahkan Allah nyawa, walaupun berlainan kaum dengan mereka. 

Orang-orang seperti ini patut diberi penghargaan lebih dari sejumlah wang tunai dan sijil penghargaan. Mereka wajar diberi bintang, bukan setakat PJM atau PJK, malah lebih tinggi dari itu. Jika penyanyi dan pelawak merapu yang entah apa sumbangannya dalam meningkatkan martabat rakyat boleh diberi gelaran Datuk, jika tokoh politik dan korporat yang masih sangat muda yang kerjanya hanya mengipas pemimpin itu pun layak diberi gelaran Datuk, mengapa gelaran Datuk ini tidak layak diberikan kepada mereka yang sangat berjasa kepada kemanusiaan ini?

Mungkinkah mereka tidak layak diberi gelaran Datuk kerana mereka hanya pengawal keselamatan dan guru biasa yang tinggal di rumah kos rendah atau rumah setinggan? Mereka tidak layak diberi gelaran Datuk kerana mereka tidak memiliki Mercedes atau BMW dan hanya menaiki kapcai cabuk?

Sepatutnya pemberian tertinggi seperti gelaran Datuk ini mengambil kira sumbangan tidak ternilai seseorang itu, termasuk menyelamatkan orang, yang bukan semua Datuk dan Tan Sri lain berani lakukan. Bagi saya seorang pengawal keselamatan dan seorang guru dalam  tragedi jambatan Dipang ini lebih bernilai dari 100 orang Shah Rukh Khan yang mendapat gelaran Datuk kerana ada isteri pemimpin negara yang suka melihat lakonannya!!!

1 comment:

Pak Oncu said...

berilah PGB,,,,,,, kerana keberanian beliau lah yg boleh menyelamatkan budak budak itu,,,, kalau pengecut hmmmmmmmm alamat banyak lah yg padam!!!! KERAJAAN 5-0 zambeberi da mamak tongkang (pinjam katakata manjung mari)tak nak beri anugerah ke??

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.