Thursday, March 11, 2010

Siapa Ulamak Pas Yang Akan Menyertai Zul Kulim?














Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada PKR pada Sabtu lepas berkata kelmarin beliau telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan “roadshow” bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baru.

“Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya seperti yang dipetik Malaysian Insider.

Ulamak dalam Pas hendak bersama-sama Zul mengadakan "roadshow? Siapa ulamak Pas itu? TG Nik Aziz tak mungkin, TG Haji Hadi pun tak mungkin, jadi siapa? Mungkin Dato Tuan Ibrahim Tuan Man?

Saya sebenarnya tak yakin ada ulamak Pas yang akan bersama Zul dan menyokong politik kerangka gilanya.

Kalau ada mereka berstatus ulamak hendak menyertai Zul, orang itu bukan ulamak sebenar. Mereka mungkin ular dalam semak, yang macam Zul berketayap, tapi kerjanya hanya merayap untuk mematuk orang.

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

melor45 said...

Ada, bekas-bekas ulamak PAS ustaz ismail jirat (machang) dan ustaz ghazali dari Terengganu serta ustaz nakasoni dari kedah .

jarum mas said...

hassang ali pasti...sama sama kena buang dari parti,,,masuk UMNO LER...
UMNOKAN JUARA KUTIP SAMPAH2 YG TELAH DI BUANG AGAR DAPAT JADI PENCACAI DAN BARUA UMNO

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.