Friday, March 19, 2010

Sori Zahrain, Gua Tak Macam Lu, Gua Anak Jantan!!

 

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut sepatutnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

“Itu tidak betul,” kata beliau ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim (gambar) semalam yang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat ke PKR bagi menjayakan rancangan PR untuk mengambil alih kerajaan pusat ketika itu.

“Kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di sini malam tadi.

Ketua Umno Gua Musang ini berkata, beliau tidak pasti sama ada Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, berbohong ataupun tidak tetapi “pastinya saya tidak terlibat” dalam perkara itu.

Tengku Razaleigh juga menafikan beliau ada didampingi pihak berkenaan agar kelaur Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR bagi membolehkan PR membentuk kerajaan persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas pilihan raya umum ke-12. Ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan perundangan terhadap Zahrain, Tengku Razaleigh berkata: “Buat apa?”

Pun begitu Tengku Razaleigh mengakui beliau terkejut dengan laporan itu.

“Ya, ini baru saya dengar,” kata beliau yang sebelum itu pada majlis dialog tersebut mengulangi pendiriannya bahawa akan bersama dengan parti yang dianggotainya sekarang untuk menyuarakan kepentingan rakyat. Malah ketika berdialog ada peserta mengesyorkan agar beliau mengetuai PR ekoran pengalamannya bersama Gagasan Rakyat pada awal 1990-an.

(Sumber: Malaysian Insider)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.