Wednesday, March 3, 2010

Taman Wira: Siarkan Saja Nama Kaki Hutang Itu Dalam Akhbar



Bayar hutang rumah RM100 sebulan tak mampu, tukar kereta baru sangat mampu!!

Saya adalah manusia yang sangat meluat dengan feel mereka yang liat membayar balik hutang. Ini kerana sejak zaman bujang sampai kahwin dan anak sudah jadi  enam, banyak episod orang hutang saya, tapi liat nak bayar balik. Yang paling sakit hati ialah bila terpaksa sewakan rumah kita kepada orang lain kerana kita berpindah tempat kerja. Rumah itu sudahlah dibeli dengan wang pinjaman, tiap-tiap bulan depa potong automatik dari akaun kita, tapi yang si-penyewa ini kadang-kadang bayar, kadang-kadang tak bayar. Yang namanya bayar itu pun, kadang-kadang penuh, kadang-kadang tak penuh. Bayar tak penuh konnnya ada masalah peribadi. Yang kita si-pemilik rumah ini tiap-tiap bulan akaun akan dipotong oleh pihak bank, depa tak kira hang ada masalah peribadi ka, masalah kena badi ka, potong tetap potong!!

Sebab itu saya rasa hati berbulu (hati pun bila marah tumbuh bulu?), bila ada penghuni rumah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Taman Wira liat tak mau bayar hutang rumah mereka kepada Kerajaan Negeri Kedah. Setengah tu bukan baru tak bayar hutang setahun dua ni, tapi sudah berpuluh tahun seduit pun tak pernah bayar dari zaman Kerajaan BN hingga PR memerintah sekarang. Dan sekarang penghuni PAKR Taman Wira (bukan semua) marah sebab Kerajaan Negeri memutuskan kutipan bayaran balik hutang akan diuruskan oleh pihak bank. Sekarang depa takut pihak bank akan rampas rumah depa!

Tapi sapa kata itu rumah depa? Sebenarnya rumah itu diduduki secara sewa-beli. Tiap-tiap bulan depa kena bayar sewa hingga jumlahnya genap jadi RM25,000 + faedah.  Apabila hutang sudah dibayar genap RM25,000, rumah itu baru akan jadi milik depa dan gran hak milik akan dikeluarkan. Bukan semua penduduk Taman Wira ni perangai buruk tak mau bayar balik hutang, tapi kadang-kadang ada PENGHASUT yang jadi punahsihat, minta yang lain jangan bayar seperti mereka. Kata mereka (penghasu)t ini: aku dah berpuluh tahun tak bayaq, depa (Kerajaan Negeri) tak berani buat apa pun, yang hang awat bodo dok bayaq? Lebih baik hang guna duit tu bayaq duit Astro (tambah pula dekat musim Piala Dunia ni).


Tapi zaman Kerajaan Negeri yang tak berani buat apa tu (Kerajaan BN) sudah berlalu. Ini zaman Kerajaan PR, dia berani buat apa saja untuk kesejahteraan rakyat terbanyak. Kalau hangpa 100 orang  ketegaq tak mau bayaq, ada 10,000 orang lagi menunggu di luar nak duduk rumah itu dan bayaq ikut peraturan!

Bila depa yang ketegaq liat dan tak tau malu bayar balik hutang ini sudah berani pergi sampai ke Wisma Darulaman, ia sudah jadi kes besar. Kerajaan Negeri tidak wajar berlembut menghadapi masalah ini. Kalau pihak bank merampas rumah mereka yang sudah bertahun-tahun tak bayar hutang, teruskan, ada lagi yang lebih ramai  bilangannya sedang tunggu masa saja nak masuk rumah itu.

Saya juga cadangkan nama mereka yang tak bayar hutang ini disiarkan dalam akhbar. Jika MARA boleh siarkan nama budak-budak yang tak mampu bayar balik hutang, mengapa kita tidak boleh siarkan nama bapa dan emak budak yang mampu bayar hutang tapi tak mau bayar hutang? Siarkan nama mereka bukan untuk memalukan mereka, tapi sebagai satu pengajaran kepada orang lain. Lagi pun penghuni yang tak bayar hutang ni bukannya ada rasa malu, jika ada rasa  malu, tentu mereka tidak tunjukkan muka tebal mereka itu di Wisma Darulaman tempoh hari.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.