Monday, March 1, 2010

Tiga Exco Kedah Ini Bakal Gugur?


Sekurang-kurangnya tiga Exco Kerajaan Negeri Kedah akan digugurkan dalam rombakan kabinet negeri itu yang bakal diumumkan oleh Menteri Besar pada awal  minggu hadapan.

Exco yang diramal digugurkan sebagaimana laporan Malaysian Insider hari ini ialah Dr Ismail Salleh dan  Dr Hamdan Khalib, kedua-duanya daripada PAS dan Tan Wei Shu daripada PKR.

Jika ramalan ini benar, diharap ia tidak mengguris hati mana-mana pihak. Seperti permainan bolasepak, ada pemain baru dimasukkan bagi menggantikan seorang pemain lain. Pemain berkaliber seperti Messi, Rooney, Ronaldo dan Drogba pun pernah dikeluarkan, segalanya dilakukan bagi memantapkan pasukan.

Kepada yang akan digugurkan, teruskan perjuangan kerana jawatan Exco cuma satu amanah dan ia bukan warisan peribadi. Kepada yang bakal menjadi Exco  baru anggaplah jawatan baru sebagai amanah Allah dan cabaran bagi memantapkan lagi perjuangan parti.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.