Friday, March 19, 2010

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Sertai PR?


Kelmarin, Zahrain si- putra katak sekali lagi menghangatkan Dewan Rakyat dengan mendedahkan nama-nama MP BN yang dikatakan akan melompat ke PR dalam agenda 16 September dulu. 

Berikut ialah nama-nama mereka seperti yang dipetik oleh Malaysian Insider:

"Selain Tengku Razaleigh, nama yang turut disebut Zahrain ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar). Nama lain ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut).

Nama mereka disenaraikan oleh Zahrain ketika menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Zahrain juga mendedahkan seorang Timbalan Speaker juga dikatakan akan menyertai PKR."
 

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.