Wednesday, March 3, 2010

Umno Kelantan Bidas Hishamuddin Manusia Tak Faham Bahasa
















Barisan Nasional (BN) Kelantan mempertahankan tindakan wakil rakyatnya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk merujuk tuntutan royalti minyak di mahkamah.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad berkata pihak yang mempersoalkan tindakan mereka kelmarin sebenarnya tidak faham rasional pendirian wakil BN.

“Adun BN hanya menyokong agar usul dibahaskan dan kami mengambil bahagian dalam perbahasan. Tetapi apabila sampai masa untuk mengundi, kami tidak mengundi... ini kena faham. Kalau kita tidak menyertai perbahasan, bagaimana kita hendak menyatakan hujah kita (pendirian BN dan kerajaan pusat) dalam isu pertikaian ini... mereka (kerajaan negeri) hendak mentafsir menerusi mahkamah, jadi kami berhujah supaya bawa kes ini ke mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau yang juga Adun Kok Lanas  dan Setiausaha BN Kelantan berkata, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) mungkin salah faham dengan sebab pihaknya berbuat demikian.

“Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu. Hishammuddin merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu. Justeru Mohd Alwi menambah, Hishammuddin “sepatutnya berkata (memberitahu wartawan) akan merujuk kepada kami sebelum berkata demikian”.

“Hanya satu panggilan yang memisahkan saya daripada Hishammuddin... beliau (sepatutnya) telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan,” katanya lagi.
(Sumber: Malaysian Insider)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.