Saturday, March 6, 2010

Umno Selangor Baru Sedar, Orang Lain Pun Penting













SHAH ALAM, 6 Mac — Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (gambar) percaya Umno memerlukan loncatan radikal di luar lingkungan sokongan tegar pengundi-pengundi Melayu untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam usaha menguasai kembali Selangor dalam pilihan raya umum ke-13.

Pemimpin Umno Selangor ini juga berkata, partinya memerlukan pelan hala tuju yang jelas untuk mendapatkan semula Selangor yang kini diterajui Pakatan Rakyat.

“Dari sudut politik, kaum Melayu akan terus berpecah... jadi Umno perlu mendapatkan sokongan bukan Melayu,” kata bekas menteri besar Selangor kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual baru-baru ini.

Sehubungan itu, menurut beliau walaupun sudah dua tahun pilihan raya umum berlaku tetapi Umno kelihatan belum ada pelan hala tuju yang jelas untuk mendapatkan semula negeri itu.

“Pemimpin-pemimin Umno di peringkat bawah gelisah dan mahu bergerak ke depan tetapi tiada gelombang atau pelan hala tuju untuk mereka,” katanya.

(Sumber: Malaysian Insider)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.