Monday, March 15, 2010

Zul Kulim, Awat Hang Pi Kacau Rumah Tangga Orang!!

 http://media1.malaysiakini.com/236/045a970b72e4c05c3deb4d6210b3ab45.jpg

Seronok juga lihat pandangan terbaru Zul Kulim dalam blognya. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu  yang telah dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih seminggu lalu itu terus menjadikan bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sasaran kritikan. Dia mempersoalkan mengapa Anwar masih menjadi Ketua Pembangkang, sedang kan kerusi PKR cuma 27 berbanding DAP (28) dan Pas (23). 

Kata Zul, mengikut konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi, seharusnya Anwar mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Kalau saya menjadi penasihat strategi dan politik Anwar, saya akan menasihatkan beliau supaya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang. Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati Anwar kerana akan dilihat tidak mementingkan jawatan, dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan oleh PKR,” kata Zul.

Siapa Zul nak menasihatkan Penasihat PKR buat itu buat ini? Dia sudah jadi wakil rakyat bebas, buatlah cara wakil rakyat bebas. Jangan berlagak dia wakil rakyat PKR, DAP atau Pas, justru kononnya bercakap bagi pihak mereka. Melucukan!!!

Jika yang meminta Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang ialah Ahli Parlimen DAP atau Pas, ia tak mengapa. Tapi semua wakil rakyat PR menerima Anwar sebagai Ketua mereka. Jadi apa hal Zul sibuk-sibuk rumah tangga orang?

Lebih melucukan bila Zul bercakap tentang "nilai demokrasi" yang harus dihormti Anwar dan seruan supaya Anwar tidak "mementingkan jawatan". Sepatutnya Zul bertanya, adakah dia "menghormati demokrasi"?. Jika Zul menghormati demokrasi mengapa dia tidak mengosongkan kerusi Parlimennya kerana yang dipilih oleh rakyat Kulim dalam pilihanraya lalu ialah PKR dan bukannya bebas? Zul juga tak payah nasihatkan Anwar supaya tidak "mementingkan jawatan", jika dia sendiri sangat mementingkan jawatan. Jika Zul tidak mementingkan jawatan tentu sebaik saja dipecat, dia akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, kerana ia adalah kerusi untuk PKR yang dipilih rakyat dalam PRU lalu.

Nampaknya sudah agak lama penyakit meroyan Zul menyerang. Tapi meroyan gilanya di akhir-akhir ini sangat menjengkel dan memualkan!

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

Pergilah kata kepada orang gila. Hai kamu gilakah? Apa jawabnya. Sama-samalah fikir.

Pak Oncu said...

Zul kulim anak emas JABATAN tertentu !!!!!!!!!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.