Sunday, April 11, 2010

Maaf, Pendikar Sedang Kegeringan

Dimaklumkan bahawa saya bagi pihak waris Pendikar Gunung Kriang ingin memaklumkan bahawa baginda kini sedang kegeringan dan terpaksa berihat di istana daifnya sehingga suatu masa yang akan disahkan kelak.

Harap pengikut blog baginda bersabar dan doakan baginda pulih seperti sediakala dalam waktu terdekat. 

Sekian, terima kasih

Thursday, April 8, 2010

Berita Paling Gempaq Petang Ini




Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini meletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.
Beliau turut melepaskan kedudukanya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

[BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI]

(StarOnline)

Tuesday, April 6, 2010

Saya Sokong Jika Perkosa Buat Laporan Polis Mengenai Hal Ini!!!


Satu laporan polis akan dibuat esok oleh Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (Perkasa @ Perkosa) terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang didakwa mempersoal Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak-hak keistimewaan Melayu. Ketua Wira Perkosa, Arman Azha, berkata laporan polis akan dibuat di Balai Polis Sentul pada jam 10:30 pagi esok.

Sementara itu, Bernama melaporkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Karpal berhubung kenyataan beliau yang juga didakwa mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Wau...wau...wau...Perkosa dan GPMS buat laporan polis? Bagus...bagus...Perkosa dan GPMS sungguh mengambil berat soal bangsa dan negara. Tahniah!!!

Tapi tengahari tadi ada satu maklumat yang lebih besar didedahkan  di Parlimen. Ia mengenai kehadiran dua orang perogrammer Israel dalam PDRM seperti yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim. 

"Sistem Laporan Polis (PRS) fasa ketiga diserahkan pada Perunding Master Plan Sendirian Berhad (kontraktor utama) yang kemudian menyerahkannya kepada sub kontraktor Asiasoft tanpa mengikut prosedur,” jelas Anwar  tengah hari tadi dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen

Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter.  Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel. Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu.

Mana lebih bahaya, antara memperjuangkan kepentingan bangsa yang berrsifat assabiyah itu atau menggadaikan kepentingan negara dan agama kepada Israel - musuh Islam nombor satu?

Memandangkan esok Perkosa hendak ke Balai Polis, elok benarlah mereka juga buat laporan polis mengenai perkosaan Yahudi terhadap pihak polis dalam pembinaan program PRS. Jika Perkosa buat laporan polis mengenai hal ini, barulah nampak NGO itu perkasa dan bukan ejen kerajaan yang memperkosa hak-hak rakyat.

~ pendikar gunung kriang

Monday, April 5, 2010

Rosmah Pun Tumpang Sekaki Jadi Penyogok!!




Sogokan untuk pilihanraya Hulu Selangor sudah bermula! Sama ada ia sogokan dalam bentuk wang atau projek, namun sogokan tetap sogokan. Sogokan sebegini tidak pernah berlaku di negara-negara maju, kerana kerajaan negara-negara itu tidak memandang rendah tahap pemikiran rakyatnya.

Namun di negara ini, kerajaan menganggap rakyat Malaysia masih kurang pintar dan perlu disogok untuk mendapat satu undi. Kini semua jabatan kerajaan berlumba-lumba ke Kuala Selangor membawa projek mi segera. Dan terbaru kelmarin,  isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor juga tumpang se kaki untuk menyogok rakyat Kuala Selangor. Dalam temu bual dengan pemberita kelmarin, Rosmah berkata pihaknya   bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor.

Kononnya, perancangan untuk mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan tersebut memang sudah ada, tetapi oleh kerana sukar mendapatkan tanah dan bangunan, projek itu terpaksa ditunda.

"Sama ada kita tengok bangunan daripada Kemas ataupun kita berbincang dengan Felda untuk kita mengadakannya. Saya melihat bahawa kanak-kanak di sini yang merupakan kanak-kanak dari luar bandar seharusnya mendapatkan pendidikan yang terbaik.." kata Rosmah.


Ala..kak Ros...pendidikan yang terbaik bukan saja untuk penduduk Kuala Selangor, ia adalah untuk semua rakyat negara ini. Jadi tak payahlah dekat-dekat pilihanraya ini  baru bercakap nak tolong rakyat Hulu Selangor. Kalau ikhlas nak tolong rakyat Hulu  Selangor, buatlah dari dulu, buatlah semasa BN memerintah Selangor selama lebih dari setengah abad itu. Binalah 10 pusat Permata Negara pun di situ masa BN memerintah dulu, sapa pun tak kisah..

Janganlah dok tipu rakyat lagi. Ini zaman siber, bukan zaman Pak Pandir atau Lebai Malang....

~ pendikar gunung kriang

Sunday, April 4, 2010

Apa Ke Jadah Namanya Itu Wahai SPR, Jika Bukan Kempen?



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

(Sumber: mStar)
PGK: SPR kata tak boleh kempen..tak boleh kempen....tak boleh kempen? Salah dengar kah saya, SPR kata tak boleh kempen hingga hari penamaan calon? Habis yang setiap kali berita di TV ada cerita mempromosikan Najib dan kerajaan BN itu apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Habis yang akhbar-akhbar arus perdana sudah mula memburuk-burukkan PR itu, apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Dan agensi-agensi kerajaan sudah mula turun padang ke Hulu Selangor, apa namanya itu, jika bukan kempen? 

Apakah makna kempen itu hanya terhad kepada ceramah yang diadakan kepada orang ramai? Apabila kerajaan mengadakan pelbagai kempen, misalnya kempen kesedaran H1N1, kempen mencegah denggi dan sebagainya mengapa semua aktiviti termasuk hiburan dan sukan juga dikategorikan sebagai kempen?

Dan satu lagi yang Najib kelmarin ronda hampir satu Hulu Selangor, rasmi majlis itu dan majlis ini dan berucap berdegar-dengar nak panggil apa tu, jika bukan kempen?

Kalau SPR benar-benar ikhlas, tolong beritahu RTM dan pengurusan TV swasta serta akhbar arus perdana supaya jangan berkempen untuk BN. SPR juga tolong jaga mulut PM dan menteri-menterinya supaya jangan turun padang ke Hulu Selangor awal sangat, kerana penamaan calon belum bermula lagi. Tak acilah, ada yang boleh berkempen, ada yang tak boleh!

Saturday, April 3, 2010

Maafkan Saya.....



Saya mohon jutaan maaf kepada pengikut blog kerdil ini kerana sudah beberapa hari sejak Rabu lepas gagal bersiaran. Ini kerana pada tarikh-tarikh berkenaan hingga malam ini, saya berada di Langkawi dan selain dari terlalu sibuk dengan urusan tertentu, saya menghadapi masalah komunikasi. 

Entah di mana silapnya, laptop yang saya bawa dari rumah tidak dapat berfungsi dengan baik. Sakit hati saja menunggu berpuluh minit, sekejap internet berfungsi, tapi lepas itu berpuluh minit pula merangkak-rangkak macam kura-kura sakit, kemudian terus terputus hubungan. Kerana berpuluh kali perkara tersebut berulang, akhirnya saya simpan saja laptop ini dalam beg, padan muka Maxis, padan muka laptop, padan muka saya!!!

Insyaallah, saya akan kembali bersiaran esok hari....

~ pendikar gunung kriang