Satu laporan polis akan dibuat esok oleh Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (Perkasa @ Perkosa) terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang didakwa mempersoal Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak-hak keistimewaan Melayu. Ketua Wira Perkosa, Arman Azha, berkata laporan polis akan dibuat di Balai Polis Sentul pada jam 10:30 pagi esok.
Sementara itu, Bernama melaporkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Karpal berhubung kenyataan beliau yang juga didakwa mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu.
Wau...wau...wau...Perkosa dan GPMS buat laporan polis? Bagus...bagus...Perkosa dan GPMS sungguh mengambil berat soal bangsa dan negara. Tahniah!!!
Tapi tengahari tadi ada satu maklumat yang lebih besar didedahkan di Parlimen. Ia mengenai kehadiran dua orang perogrammer Israel dalam PDRM seperti yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim.
"Sistem Laporan Polis (PRS) fasa ketiga diserahkan pada Perunding Master Plan Sendirian Berhad (kontraktor utama) yang kemudian menyerahkannya kepada sub kontraktor Asiasoft tanpa mengikut prosedur,” jelas Anwar tengah hari tadi dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen
Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter. Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel. Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu.
Mana lebih bahaya, antara memperjuangkan kepentingan bangsa yang berrsifat assabiyah itu atau menggadaikan kepentingan negara dan agama kepada Israel - musuh Islam nombor satu?
Memandangkan esok Perkosa hendak ke Balai Polis, elok benarlah mereka juga buat laporan polis mengenai perkosaan Yahudi terhadap pihak polis dalam pembinaan program PRS. Jika Perkosa buat laporan polis mengenai hal ini, barulah nampak NGO itu perkasa dan bukan ejen kerajaan yang memperkosa hak-hak rakyat.
~ pendikar gunung kriang