Sunday, April 11, 2010

Maaf, Pendikar Sedang Kegeringan

Dimaklumkan bahawa saya bagi pihak waris Pendikar Gunung Kriang ingin memaklumkan bahawa baginda kini sedang kegeringan dan terpaksa berihat di istana daifnya sehingga suatu masa yang akan disahkan kelak.

Harap pengikut blog baginda bersabar dan doakan baginda pulih seperti sediakala dalam waktu terdekat. 

Sekian, terima kasih

Thursday, April 8, 2010

Berita Paling Gempaq Petang Ini




Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini meletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.
Beliau turut melepaskan kedudukanya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

[BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI]

(StarOnline)

Tuesday, April 6, 2010

Saya Sokong Jika Perkosa Buat Laporan Polis Mengenai Hal Ini!!!


Satu laporan polis akan dibuat esok oleh Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (Perkasa @ Perkosa) terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang didakwa mempersoal Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak-hak keistimewaan Melayu. Ketua Wira Perkosa, Arman Azha, berkata laporan polis akan dibuat di Balai Polis Sentul pada jam 10:30 pagi esok.

Sementara itu, Bernama melaporkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Karpal berhubung kenyataan beliau yang juga didakwa mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Wau...wau...wau...Perkosa dan GPMS buat laporan polis? Bagus...bagus...Perkosa dan GPMS sungguh mengambil berat soal bangsa dan negara. Tahniah!!!

Tapi tengahari tadi ada satu maklumat yang lebih besar didedahkan  di Parlimen. Ia mengenai kehadiran dua orang perogrammer Israel dalam PDRM seperti yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim. 

"Sistem Laporan Polis (PRS) fasa ketiga diserahkan pada Perunding Master Plan Sendirian Berhad (kontraktor utama) yang kemudian menyerahkannya kepada sub kontraktor Asiasoft tanpa mengikut prosedur,” jelas Anwar  tengah hari tadi dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen

Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter.  Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel. Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu.

Mana lebih bahaya, antara memperjuangkan kepentingan bangsa yang berrsifat assabiyah itu atau menggadaikan kepentingan negara dan agama kepada Israel - musuh Islam nombor satu?

Memandangkan esok Perkosa hendak ke Balai Polis, elok benarlah mereka juga buat laporan polis mengenai perkosaan Yahudi terhadap pihak polis dalam pembinaan program PRS. Jika Perkosa buat laporan polis mengenai hal ini, barulah nampak NGO itu perkasa dan bukan ejen kerajaan yang memperkosa hak-hak rakyat.

~ pendikar gunung kriang

Monday, April 5, 2010

Rosmah Pun Tumpang Sekaki Jadi Penyogok!!




Sogokan untuk pilihanraya Hulu Selangor sudah bermula! Sama ada ia sogokan dalam bentuk wang atau projek, namun sogokan tetap sogokan. Sogokan sebegini tidak pernah berlaku di negara-negara maju, kerana kerajaan negara-negara itu tidak memandang rendah tahap pemikiran rakyatnya.

Namun di negara ini, kerajaan menganggap rakyat Malaysia masih kurang pintar dan perlu disogok untuk mendapat satu undi. Kini semua jabatan kerajaan berlumba-lumba ke Kuala Selangor membawa projek mi segera. Dan terbaru kelmarin,  isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor juga tumpang se kaki untuk menyogok rakyat Kuala Selangor. Dalam temu bual dengan pemberita kelmarin, Rosmah berkata pihaknya   bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor.

Kononnya, perancangan untuk mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan tersebut memang sudah ada, tetapi oleh kerana sukar mendapatkan tanah dan bangunan, projek itu terpaksa ditunda.

"Sama ada kita tengok bangunan daripada Kemas ataupun kita berbincang dengan Felda untuk kita mengadakannya. Saya melihat bahawa kanak-kanak di sini yang merupakan kanak-kanak dari luar bandar seharusnya mendapatkan pendidikan yang terbaik.." kata Rosmah.


Ala..kak Ros...pendidikan yang terbaik bukan saja untuk penduduk Kuala Selangor, ia adalah untuk semua rakyat negara ini. Jadi tak payahlah dekat-dekat pilihanraya ini  baru bercakap nak tolong rakyat Hulu Selangor. Kalau ikhlas nak tolong rakyat Hulu  Selangor, buatlah dari dulu, buatlah semasa BN memerintah Selangor selama lebih dari setengah abad itu. Binalah 10 pusat Permata Negara pun di situ masa BN memerintah dulu, sapa pun tak kisah..

Janganlah dok tipu rakyat lagi. Ini zaman siber, bukan zaman Pak Pandir atau Lebai Malang....

~ pendikar gunung kriang

Sunday, April 4, 2010

Apa Ke Jadah Namanya Itu Wahai SPR, Jika Bukan Kempen?



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

(Sumber: mStar)
PGK: SPR kata tak boleh kempen..tak boleh kempen....tak boleh kempen? Salah dengar kah saya, SPR kata tak boleh kempen hingga hari penamaan calon? Habis yang setiap kali berita di TV ada cerita mempromosikan Najib dan kerajaan BN itu apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Habis yang akhbar-akhbar arus perdana sudah mula memburuk-burukkan PR itu, apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Dan agensi-agensi kerajaan sudah mula turun padang ke Hulu Selangor, apa namanya itu, jika bukan kempen? 

Apakah makna kempen itu hanya terhad kepada ceramah yang diadakan kepada orang ramai? Apabila kerajaan mengadakan pelbagai kempen, misalnya kempen kesedaran H1N1, kempen mencegah denggi dan sebagainya mengapa semua aktiviti termasuk hiburan dan sukan juga dikategorikan sebagai kempen?

Dan satu lagi yang Najib kelmarin ronda hampir satu Hulu Selangor, rasmi majlis itu dan majlis ini dan berucap berdegar-dengar nak panggil apa tu, jika bukan kempen?

Kalau SPR benar-benar ikhlas, tolong beritahu RTM dan pengurusan TV swasta serta akhbar arus perdana supaya jangan berkempen untuk BN. SPR juga tolong jaga mulut PM dan menteri-menterinya supaya jangan turun padang ke Hulu Selangor awal sangat, kerana penamaan calon belum bermula lagi. Tak acilah, ada yang boleh berkempen, ada yang tak boleh!

Saturday, April 3, 2010

Maafkan Saya.....



Saya mohon jutaan maaf kepada pengikut blog kerdil ini kerana sudah beberapa hari sejak Rabu lepas gagal bersiaran. Ini kerana pada tarikh-tarikh berkenaan hingga malam ini, saya berada di Langkawi dan selain dari terlalu sibuk dengan urusan tertentu, saya menghadapi masalah komunikasi. 

Entah di mana silapnya, laptop yang saya bawa dari rumah tidak dapat berfungsi dengan baik. Sakit hati saja menunggu berpuluh minit, sekejap internet berfungsi, tapi lepas itu berpuluh minit pula merangkak-rangkak macam kura-kura sakit, kemudian terus terputus hubungan. Kerana berpuluh kali perkara tersebut berulang, akhirnya saya simpan saja laptop ini dalam beg, padan muka Maxis, padan muka laptop, padan muka saya!!!

Insyaallah, saya akan kembali bersiaran esok hari....

~ pendikar gunung kriang

Tuesday, March 30, 2010

Penganalisis: PERKOSA Cuma Habiskan Beras Umno Saja!!!



Pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang terbesar (?), Perkasa yang mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya kelmarin, dilihat tidak mampu memainkan peranan sebagai penentu kuasa politik sebaliknya hanya akan merugikan Umno dalam jangka panjang, kata pemerhati dan penganalisis politik.

Sehubungan itu menurut Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perkasa hanya dilihat sebagai pelengkap kepada perjuangan Umno bukannya penentu kuasa politik.

“Kita tidak lihat Perkasa mampu mempengaruhi kuasa politik sebaliknya kewujudannya bersama Umno hanya akan melumpuhkan perjuangan mereka. Perkasa hanya bertindak sebagai pelengkap kepada Umno dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Jadi kita tidak lihat mereka mampu mengubah pergerakan sesebuah parti politik di Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mohamad Agus memberitahu, majoriti ahli Perkasa adalah individu-individu yang telah menerima perjuangan Umno sejak dari dulu.

“Majoriti ahli Perkasa adalah orang Umno dan ini jelas sekiranya Umno tidak memperjuangkan hak orang Melayu kesannya dilihat lebih kepada Umno bukan parti-parti politik lain. Jadi sekiranya Umno tidak memperjuankan hak serta kepentingan orang Melayu maka Perkasa akan bangkit dan memainkan peranan mereka sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan orang Melayu,” katanya.
Tambahnya, Perkasa tidak berupaya untuk menjatuhkan mana-mana parti politik melalui undi pada pilihan raya umum kerana keputusan itu terletak di tangan rakyat bukan mereka.

“Perkasa boleh kata apa sahaja kerana penentu undi bukan pada mereka tetapi rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kelmarin yang memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini, khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, sekiranya mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif firma kajian pandangan umum Merdeka Center, Ibrahim Suffian pula memberitahu Perkasa dilihat sebagai pasangan kepada Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu sahaja.

“Perkasa berfungsi sebagai gandingan kepada Umno bukan sebagai penentu kuasa politik. Ini kerana asas, tujuan serta perkara yang diperjuangkan tertumpu kepada prinsip asas Umno. Selain itu, Perkasa dilihat sebagai pendesak kepada Umno dan akan bertindak sekiranya Umno mengetepikan hak keistimewaan orang Melayu. Kalau mengatakan Perkasa sebagai penentu kuasa politik ia tidak tepat kerana pengundi dan rakyat yang berhaluan kanan akan tetap bersama Umno berbanding parti-parti politik lain,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Profesor Madya Dr Ghazali Mayhuddin juga selari dengan pandangan mereka dengan memberitahu bahawa Perkasa tidak mampu bertindak sebagai kuasa penentu politik kerana pertubuhan itu dilihat hanya berlegar-legar di kalangan individu tertentu.

“Mungkin apa yang diperjuangkan hanya bersifat retorik semata-mata dan ia tidak akan memberikan sebarang impak yang besar kepada penentu kuasa politik. Rakyat sudah matang serta boleh berfikir secara rasional malah mampu menilai dalam membuat keputusan tepat terutamanya dalam perkara ini,” katanya.

“Kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim seolah-olah berbaur ugutan kepada parti-parti politik dan ini jelas membuktikan bahawa Perkasa mempunyai agenda yang lebih bersifat peribadi bukan kepada komuniti. Mungkin agenda serta tujuan kewujudan Perkasa tertumpu kepada kepentingan peribadi bukan komuniti seperti yang dikatakan,” katanya.

(Sumber: Malaysian Insider)

PGK: Ha...Ha..Ha...Seperti kata penganalisis-penganalisis politik itu, kewujudan Perkosa ini cuma akan menghabiskan beras Umno saja. Apa nak buat, nasib kamulah Umno, dapat ayam betina yang bukannya seperkasa mana, tapi cuma nak menghabis dan memperkosa beras dan harta benda Umno saja. Rakyat sudah matang dan dan tidak tertarik lagi dengan retorik-retorik kosong cap ayam yang diketuai oleh Raja Katak itu.
Jika nak lihat Perkosa nie betul-betul boleh bantu Umno atau tidak, bawalah mereka ke Hulu Selangor berkempen membantu calon BN. Jika Perkosa datang dengan lagak perogol bersirinya itu, lebih memudahkan kerja PR di Hulu Selangor nanti...

Harga Maruah Artis Melayu Nie Lebih Murah Dari Harga Makanan Seekor Kucing!!!





WATAK Frieda, seorang pelacur kelas atasan yang dapat dipertontonkan menerusi drama 13 episod Spa Qistina mungkin akan mendatangkan cemuhan kepada aktres Fasha Sandha.

Belum pun ia disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam, Fasha sendiri sudah merasai impak yang akan diterimanya nanti.

“Saya agak mesti orang melihat watak Frieda lakonan saya dengan persepsi buruk. Saya tak kisah kalau orang mengata yang bukan-bukan kepada saya selepas ini. Apa sahaja kata-kata mereka, saya akan terima asalkan saya dan produser berpuas hati dengan lakonan itu,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Maya, Ampang, semalam.

Frieda merupakan seorang pelajar universiti yang bijak dan berlagak baik tetapi sebenarnya mempunyai agenda jahat untuk menghancurkan hidup Qistina termasuk menggoda suami Qistina, Fahmi lakonan Ijoy Azhari. Dia memilih jalan untuk melacur diri untuk membalas dendam.

Tanpa berselindung, Fasha mengaku terdapat beberapa aksi panas yang dilakonkan olehnya sehingga terpaksa mengulang lakon semula disebabkan gagal mengikut kehendak yang diinginkan.

“Saya rasa kekok melakonkan babak-babak panas bagi memenuhi watak Frieda kerana saya takut persepsi masyarakat nanti. Boleh dikatakan babak itu agak daring sehingga saya perlu minta kebenaran dengan Abang Ijoy sebab dia sudah berkahwin. Misalnya, apabila saya perlu ulang penggambaran apabila terkurang daring. Saya fikir sebab kerja, jadi akhirnya saya lakukan juga,” jelasnya.

Biarpun apa orang kata, ada yang akan membenci, pelakon itu tetap berpegang kepada matlamat asalnya iaitu kerana bekerja dan menghasilkan kualiti lakonan yang boleh dibanggakan.

“Saya terpaksa memilih watak jahat walaupun terpaksa membuatkan penonton membenci saya. Kalaupun orang melabelkan saya dengan perkara negatif selepas ini, orang akan tahu juga siapa saya yang sebenarnya.,” beritahunya.

Spa Qistina boleh ditonton dengan hanya melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952 & 953) sepanjang bulan April ini dengan harga RM9.95 setiap bulan.

(mStar Online)

PGK: Bagi anda yang mata dajalnya sangat kepingin untuk meratah tubuh daring Fasha Sandha, nah, inilah peluang terbaik anda!  Cuma langgan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952 & 953) sepanjang bulan April  dengan harga RM9.95 setiap bulan dan Fasha yang separuh telanjang akan menjadi milik mata anda. 

Murah saja kan harga aurat dan maruah seorang perempuan Melayu yang bergelar artis ini. Boleh tonton Fasha dedah sana, dedah sini, cuma dengan harga RM9.95 sebulan, lebih murah dari harga makanan seekor kucing sebulan....ha...ha...ha...

Monday, March 29, 2010

Gambar Dua Besi Buruk Bertemu Di Parlimen

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz kelihatan bertegur sapa di lobi Parlimen di sini hari ini. Meskipun mereka berdua tidak lagi menganggotai jemaah menteri kabinet namum mereka sesekali hadir menjalankan tugas sebagai anggota Parlimen (dapat elaun tau?) semasa persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang dari March 15 hingga 14 April.
 
Begitulah apabila dua batang besi buruk bertemu....hanya mengingat nostalgia lama yang tak kan kembali lagi.....

Tahniah TG Nik Aziz dan Haron Din!!!


Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat hari ini juga mengambil keputusan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Mursyidul Am yang kini disandang oleh Datuk Dr Haron Din.

"Kami telah mengambil keputusan penting iaitu melantik Datuk Nik Aziz untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am dan menyambung jawatan Datuk Haron Din sebagai timbalan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata tempoh perkhidmatan bagi kedua-dua jawatan itu adalah selama lima tahun.

Mengulas mengenai hasrat Nik Abdul Aziz yang membayangkan agar tidak dilantik semula ke jawatan Mursyidul Am PAS, Abdul Hadi berkata, perlantikan tersebut bersesuaian kerana menurut beliau hanya Menteri Besar Kelantan itu yang layak untuk mengisi jawatan berkenaan.

(Sumber mStar)

Kesian Umno...Kira 1 Hingga 3 Pun Tak Reti!!!

MUAR, 29 Mac: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Muar menafikan dan mengutuk sekeras-kerasnya berita penghijrahan 50 anggota AMK Muar sedangkan hanya tiga orang yang bermasalah sahaja bertindak melompat.

Ini ekoran media-media dan blog-blog semalam dengan bangga memaparkan berita pengisytiharan Naib Ketua AMK Muar dan 50 orang anggota AMK Muar telah pun keluar parti dan menyertai Umno/Barisan Nasional dalam satu majlis Jamuan Nasi Ambang Raksasa yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri di Parit Tengah, Air Hitam, Bakri, Muar pada Sabtu, 27 Mac.

Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail memberitahu, perkara itu merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

“Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar menegaskan bahawa ini adalah satu lagi usaha terdesak danbacul Umno/Barisan Nasional Muar. Tiada perkara seperti ini berlaku di dalam organisasi kami,” ujarnya kepada Harakahdaily.
 
Jelasnya, hanya tiga orang anggota AMK Muar yang bermasalah melompat bukan 50 orang seperti yang digembar-gemburkan oleh media iaitu Razali Jaafar atau lebih dikenali oleh pengusaha kedai menjual kereta sebagai ‘Zali Allright’ atau ‘Zali Confirm’, Bekas Naib Ketua 1 AMK Muar dan 2 lagi anggota.

(Sumber: Harakahdaily)

PGK: Lemahnya puak-puak Umno dalam matematik  nie. Nak bilang 1 hingga 3 pun tak reti. Cara pengiraan mereka sungguh celaru: 1, 25, 50, 75, 100. 3 dikatanya 50, 4 dikatanya 100 dan seterusnya. Patutpun bila majlis Umno diadakan selalu dilaporkan  yang hadir beribu, pada hal lebih banyak kerusi dari orang dalam dewan, sebab 100 mereka sudah nampak sebagai 1,000! Kesiannya!!!

Sunday, March 28, 2010

Dr Mahathir: Pandai Cakap Agama, Tapi Baca Quran Tak Pandai



Ketika ditanya mengenai kes sebatan terhadap Kartika sejurus selepas merasmikan mesyuarat Perkasa @ Perkosa kelmarin, seperti biasa Dr Mahathir menyampaikan beberapa hujah agama mengikut andaiannya sendiri. Tapi yang seronoknya apabila Dr Mahathir berkata dia sendiripun tidak pandai baca al-Quran:

“Saya baca al-Quran tapi tak lah pandai...," kata Dr Mahathir.

Jika baca Quran pun tak berapa pandai, bayangkan bagaimana orang seperti Dr Mahathir berani bercakap tentang hukum agama dan menyanggah pandangan ulamak yang menguasai ilmu agama. Di zaman beliau memerintah dahulu, Dr Mahathir pernah memperlekeh sunnah Nabi, mempertikai beberapa hukum agama dan pernah mengesyorkan tafsir Quran dikaji semula bagi menggambarkan 'Islam sebenar' yang diyakininya.

Jadi sekarang kita faham apabila Dr Mahathir sering memberi pandangan tidak cerdik mengenai Islam, salah satu puncanya adalah kerana dia sendiri tidak begitu menguasai ilmu agama, malah baca Quran sendiri  pun dia tidak pandai. Cuma yang memusykilkan, jika tak pandai mengapa sering berlagak pandai?

~ pendikar gunung kriang

Info Ahad: Kisah Lelaki Islam Berjubah Pelihara 50 Ekor Anjing


MUZAFFAR bersama seekor anjing peliharaannya


Beberapa minggu lepas akhbar Kosmo melaporkan tentang reaksi sebahagian orang Islam yang membantah gambar pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein yang bermesra dengan dua ekor anjing. 


Dan hari ini akhbar yang sama menyiarkan satu artikel panjang penuh satu halaman tentang seorang lelaki Islam berjubah dari Janda Baik, Pahang yang memelihara 50 ekor anjing dari baka terkenal seperti Rottweiler, French Mastiff, Sheetland Sheepdogdan lain-lain. Malah lelaki Islam berjubah itu - Muzaffar Kaisar Ishak, 37,  memiliki blognya sendiri yang kebanyakannya dipenuhi dengan cerita anjing-anjing yang dipeliharanya. Terdapat juga gambar belaiau memegang anjing bersama seorang wanita bertelekung yang mungkin isterinya. Jika hendak tahu cerita lanjut, sila layari blognya......

Rupa-rupanya lelaki pemilik 50 ekor anjing itu bukan saja peminat anjing, malah belaiu adalah ahli Persatuan Kenel Anjing Malaysia yang sangat aktif. Beliau sering mengambil bahagian dalam pertunjukan anjing dan tidak pernah kalah dalam sebarang pertandingan. Salah seekor anjing peliharaannya dari baka Rottweiler yang dipelihara dan dilatih sejak kecil menjadi satu-satunya anjing di Malaysia yang yang memenangi anugerah tertinggi anjing - Dog Grand Champion.


Dalam wawancaranya dengan Kosmo, Muzaffar menyatakan beliau kesal dengan layanan tidak mesara orang-orang Islam Malaysia terhadap anjing. Di negara Islam lain (betul ke?)  kata Muzaffar anjing dilayan 'dengan hormat', tetapi lain dengan masyarakat Islam Malaysia yang melayannya dengan kejam. 

"Hatta babi sekalipun, tidak layak dilayan buruk, inikan pula anjing yang tidak jelas halal atau haramnya, melainkan dalam beberapa keadaan tertentu," jelas Muzaffar.

~ pendikar gunung kriang

Saturday, March 27, 2010

PR Mula Gempur Hulu Selangor

Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.
Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.

Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

Para pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.


Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.

Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.

Di Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.

Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.

Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.

Menteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".


Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.

“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.

(Sumber: Malaysiakini)

Syoknya Zul Dengar Berita Nie.....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedia menemui ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Zulkifli yang telah dipecat oleh PKR dan kini menjadi wakil rakyat Bebas membuat dakwaan tersebut semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong sidang Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu.

Menurut Zulkifli, ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman, tetapi beliau bersyukur kerana dilindungi Allah melindungi daripada terlibat dalam fitnah tersebut.

Zulkifli mengambil kesempatan dalam ucapannya itu untuk memohon maaf kepada mereka yang menurutnya menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini.

Berikutan itu, kata ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, beliau berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen pada hari yang sama selepas membuat pendedahan tersebut, Zulkifli berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu, termasuk perdana menteri.

Mengulas mengenai hasrat Zulkifli tersebut, perdana menteri berkata: "Saya suka untuk bertemu beliau. Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya."

Najib yang juga presiden Umno memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara malam tadi.

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap dakwaan Zulkifli itu, perdana menteri berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk menyiasatnya.
"Saya akan biarkannya kepada polis. Saya tidak mengarahkan polis dalam perkara seperti ini. Biarkan sahaja kepada
pihak polis," katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan mengambil keterangan Zulkifli berhubung dakwaannya di Dewan Rakyat itu.

Musa dilaporkan berkata, disebabkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, maka siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.

Menurutnya, sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, pihak polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan. 

(Sumber: Malaysiakini)

Friday, March 26, 2010

Kelibat Pemangku Raja Kelantan Di Jom Heboh



Hari ini dan esok, karnival Jom Heboh TV3 berkelana di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Kota Baru, Kelantan. Yang menariknya di Kelantan ini, karnival tersebut diberi pendekatan baru - tiada nyanyian penyanyi wanita, tempat duduk penonton lelaki dan perempuan dipisahkan dan diselit pula acara keagamaan.

Antara slot Jom Heboh petang ini ialah Al-Kuliyyah. Ketika Al-Kuliyyah selama satu jam itu baru berlangsung, tiba-tiba kelihatan kelibat Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang  tenang berjalan  mendekati pentas. Baginda kelihatan seperti datang tanpa protokol. Baginda kemudiannya  duduk di barisan hadapan penonton dan tenang mengikuti forum yang disampaikan bertajuk "Makan Bersunnah".

Saya tidak pasti sama ada Raja atau Pemangku Raja di negeri-negeri lain pernah hadir dalam Al-Kuliyyah atau majlis-majlis keagamaan lain, kecuali mereka secara rasmi dijemput hadir. Tetapi baginda Pemangku Raja telah menunjukkan baginda begitu mencintai ilmu dan sentiasa mahu bersama rakyat.

Apapun, kehadiran baginda Pemangku Raja di Stadium Sultan Muhammad sebentar tadi pasti dinantikan  oleh rakyat Kelantan yang masih keliru dengan pelbagai kisah dalaman dalam istana akhir-akhir ini. Baginda seperti biasa kelihatan tenang, seperti sedikitpun tidak tersentuh dengan pelbagai onar yang dilakukan untuk menjatuhkan baginda.

Daulat Tuanku!!

~ pendikar gunung kriang

Hulu Selangor: Umno Lancar Perang Terhadap MIC



Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata BN berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang. Umno katanya telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Jeng...jeng...jeng....nampaknya seperti Umno sudah isytihar perang kepada MIC yang telah mencalonkan Palanivel untuk bertanding di Hulu Selangor. Walaupun Parlimen Hulu Selangor merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya sentiasa diperuntukkan BN kepada MIC. Calon BN, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi, Palanivel pula mendapat 22,979 undi dalam PRU 2008.
 
Hulu Selangor mempunyai  63,593 pengundi  terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

Jika Umno dan MIC terus berperang baguslah. Ia memudahkan tugas PKR mengekalkan kerusinya.

~ pendikar gunung kriang

Ayoyo....Sorry....Tuhan Banyak Sibuklah Sekarang!!!


 Ayoyo....Tuhan terlalu sibuk!!!


MIC akan mencadangkan Timbalan Presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.

Ketika dihubungi Malaysiakini tentang peluang kemenangan MIC, Samy secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang (sibuk) sekarang." 

Ha....ha...ha... Samy  cuba  menghubungi Tuhan menanyakan nasib BN dalam pilihanraya itu? Tak tau lah apa cara Samy menghubungi Tuhannya, sama ada dia menggunakan henset, walkie-talkie atau menggunakan perantara tok samy Hindu yang pernah digunakan Najib dalam acara keagamaan seperti yang pernah dilaporkan tak berapa lama dahulu. Malangnya seperti kata Samy, Tuhan terlalu sibuk sekarang!!

Ha...ha...ha....Nasib baiklah yang mempersendakan Tuhan itu ialah Samy. Kalau yang menyatakan seperti itu orang Islam, pemuda Umno pasti akan buat demonstrasi besar esok!!

~ pendikar gunung kriang

Thursday, March 25, 2010

Berita Baik: Tol Nak Naik Lagi!!!

 

Kajian mengenai kadar tol di 10 lebuhraya yang sepatutnya dinaikkan tahun ini, termasuk Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur, sudahpun dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata bagaimanapun keputusan mengenainya, sama ada tol akan dinaikkan atau kerajaan akan terus memberi pampasan untuk mengekalkan kadar tol semasa, akan diketahui setelah kajian itu dibentang ke mesyuarat Jemaah Menteri.

(Sumber: mStar)

Insentif Kepada Polis...Harap Lepas Ni Depa Tak Buat Kacau Lagi


 

Datuk Seri Najib Tun Razak  sebentar tadi mengumumkan beberapa insentif kepada pegawai dan anggota polis sebagai dorongan untuk mereka memberikan perkhidmatan terbaik. Pengumuman Perdana Menteri itu dibuat beliau ketika merasmikan sambutan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini.

Antara insentif seperti yang laporkan Bernama ialah:


+ Elaun bulanan RM200 kepada 33,000 pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas am.


+ Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun, dan Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun.


+ Kerajaan mencadangkan balai-balai yang cemerlang dan terbaik diberikan penghargaan khas berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka.

Saya setuju dengan pmberian beberapa insentif itu. Harap lepas ini tiada lagi cerita polis yang minta sogokan, polis merompak, polis menyamar dan pelbagai lagi cerita polis yang menyamai cerita polis dalam filem Hollywood, Bollywood dan Hong Kong. 


Harap lepas ini semua polis Malaysia jadi polis yang lemah lembut, berbudi bahasa dan baik hati seperti dalam drama Gerak Khas.

Dan sebagai polis yang baik mereka tidak perlu lakukan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan anti-pemerintah, kerana itu adalah hak  rakyat untuk bersuara yang dilindungi Perlembagaan. Apa yang perlu mereka lakukan ialah  bekerjasama dengan pihak penganjur dan memastikan demonstrasi  berjalan lancar.


~ pendikar gunung kriang

Umno Perlis Makin Panas.....



Lima pemimpin akar umbi Umno bahagian Padang Besar, dipanggil ke pejabat Menteri Besar Perlis , Datuk Seri Dr Md Isa Sabu petang ini, berhubung mesyuarat tergempar mereka yang menyokong peletakan jawatan ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Mereka terdiri daripada empat pemimpin Pemuda Umno bahagian dan seorang ahli jawatankuasa bahagian.
 
Ketika dihubungi pagi ini, ketua penerangan Pemuda Umno bahagian, Aidi Helmi Mohamed mengesahkan mereka telah dihubungi oleh setiausaha politik menteri besar, Azali Abas malam tadi.

Menurutnya, Azali meminta mereka hadir menemui beliau petang ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka belum dimaklumkan masa sebenar pertemuan tersebut.

Aidi Helmi juga berkata, sehingga ini mereka belum pasti sama ada pertemuan juga membabitkan menteri besar sendiri.

Semalam, barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam sebelumnya yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

DUN Titi Tinggi terletak di bawah kawasan Parlimen Padang Besar.

Manakala Aidi Helmi pula mengeluar kenyataan, menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah diajak berbincang sama ada sebelum, semasa dan selepas surat tersebut dikeluarkan dan tidak pernah mengadakan apa-apa pertemuan sama ada untuk memujuk Yip menarik balik surat peletakan jawatannya.

Sebaliknya, beliau mendakwa Yip telah berbohong dan mempergunakan nama Pemuda Umno untuk menutup keterlanjurannya menyerahkan surat tersebut.
 
(Sumber: Malaysiakini)